UtamaNASIONALBeri Mandat Pada BN...

Beri Mandat Pada BN Majukan Kelantan – @NajibRazak - pakdin.my

Najib melaungkan 1Malaysia selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Himpunan Perdana bersama Anak-Anak Kelanta
Najib melaungkan 1Malaysia selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Himpunan Perdana bersama Anak-Anak Kelanta

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menggesa rakyat Kelantan supaya memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bagi membawa kemajuan ke negeri itu demi masa depan generasi akan datang.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, beliau tidak mahu lagi melihat rakyatKelantan terpaksa berhijrah keluar dari negeri mereka demi mengecap kehidupan lebih baik, yang tidak mampu diberi kerajaan negeri pimpinan PAS sekarang.

“Saya sedih dengar setengah juta orang Kelantan terpaksa berhijrah keluar. Saya tidak mahu ada sejuta lagi orang Kelantan berhijrah keluar. Orang Kelantan ini cekap, malah ramai tokoh di negara kita orang Kelantan seperti Panglima Angkatan Tentera Malaysia (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin).

“Saya percaya barisan ini (tokoh) mampu bantu kerajaan beri perubahan kepadaKelantan jika diberi mandat (memerintah Kelantan),” katanya ketika berucap merasmikan ‘Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate Di Perantauan 2013’ di StadiumPutra, Bukit Jalil di sini.

Turut hadir pada majlis yang disertai kira-kira 15,000 anak Kelantan itu ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Najib berkata, dalam memberi perubahan besar ‘gelombang merah’ kepada Kelantan, kerajaan BN berdiri teguh di atas dua prinsip penting iaitu Islam dan kemajuan.

“Kita nak Islam dan kita nak juga kemajuan. Islam ini agama kemajuan, maka prinsip inilah yang memastikan kejayaan kita memajukan Kelantan nanti. Kejayaan inilah yang akan dibawa ‘gelombang merah’ nanti.

“Kita tak mahu macam mana dia janji bulan, bintang, syurga dan nak pertahan Islam. Tetapi bila kalimah Allah dipersoal, di mana mereka? Sudah cukup, kita tukar, bo la wei (sudah-sudah lah tu),” katanya.

BERSEMANGAT... Sebahagian anak-anak Kelantan yang hadir menunjukkan sokongan semasa mendengar ucapan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
BERSEMANGAT… Sebahagian anak-anak Kelantan yang hadir menunjukkan sokongan semasa mendengar ucapan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kerajaan BN akan memastikan hak rakyat Kelantan dalam isu tanah di negeri itu terbela dan pertanyaannya kepada hadirin siapa yang dapat tanah disambut jawapan, “DAP”.

“Setiap inci tanah Kelantan akan kita perjuangkan, hak tanah Kelantan akan kita perjuangkan, 10,000 ekar tanah (yang didakwa diperoleh pemimpin DAP) ini hak rakyat Kelantan. (Kerajaan negeri Kelantan) Dosanya tamak, tanah ini hak siapa kalau bukan rakyat Kelantan,” tegasnya.

Kerajaan BN, kata Najib, akan memperbetul segala kesalahan yang dibuat kerajaan negeri pimpinan PAS dalam isu tanah itu apabila diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Kelantan kelak.

Isu tanah itu timbul apabila sebuah blog, pisau.net mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di negeri itu kepada Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya, Nga Kor Ming untuk menerima Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata, tujuh janji BN kepada rakyat Kelantan yang diumumkan beliau bulan lepas di negeri itu akan dimasukkan sebagai manifesto BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Antara (janji itu) jika kita dapat laksanakan lebih awal, kita laksanakan untuk memberi keyakinan kepada rakyat Kelantan untuk tukar (kerajaan negeri).

“Kita lakukan perubahan yang besar, bumi Kelantan ini kita jadikan gelombang merah,” katanya.

Janji itu merupakan tujuh projek merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaankampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.

Berkaitan

Baca Juga

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...