KSN Arah Tahap Keselamatan Laman Web Jabatan Dipertingkat Untuk Elak Digodam - pakdin.my

Dalam peperangan propaganda dan persepsi, penerangan berada di barisan hadapan. Kalau yang dihadapan sudah ditewaskan (hacked) apa lagi yang tinggal pada mereka di barisan belakang?

Memalukan sebuah organisasi yang terletak dibawah kementerian yang sama dengan Suruhanjaya Komunikasi dam Multimedia boleh diaib kan.

Jangan lah ambl mudah pembangunan laman web dan ciri-ciri keselamtannya. Yang penting jangan kerana komisyen keselamatan dikemudiankan.

info-dept

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) — Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengarahkan semua jabatan dan kementerian meningkatkan tahap keselamatan laman web masing-masing bagi mengelak ancaman penggodam.

Arahan itu susulan daripada sistem aplikasi dalam laman web Jabatan Penerangan, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) digodam Isnin.

“Semua kementerian akan mengambil langkah keselamatan, bukan sahaja KPKK, tetapi kementerian-kementerian lain juga,” katanya kepada pemberita selepas taklimat awam di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Sistem aplikasi e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan – ‘Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.’

Sehubungan itu, beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu, jika dikenal pasti.

Ali Hamsa hadir di Kementerian Pertahanan sempena lawatan kerja pertama beliau sejak dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 24 Jun 2012.

Sementara itu Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang membuat laporan polis berhubung pencerobohan kedua-dua sistem aplikasi itu berkata beliau mengesyaki pihak terbabit berbuat demikian untuk mencetuskan suasana tidak menentu dalam negara dan sekaligus mencemarkan imej dan nama baik jabatan itu yang berfungsi sebagai media rasmi kerajaan.

“Kami tidak menolak kemungkinan penglibatan pihak lain dan secara umumnya alamat Protokol Internet (IP) yang merekodkan pengguna dari luar negara telah dikenal pasti.

“Tetapi kami masih menjalankan siasatan serta kemungkinan IP itu hanya untuk mengaburi sahaja. Tiada siapa pun akan terlepas, walau orang dalam sendiri,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Putrajaya, Isnin.

Jelasnya, satu siasatan dalaman dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) juga diadakan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab.

Berikutan kejadian itu, katanya sistem kawalan keselamatan media sosial jabatan itu juga mungkin akan dipertingkat, bagi mencegah pencerobohan.

“Pada kami, langkah-langkah yang kami gunakan agak ketat. Kami gunakan sistem yang disahkan oleh MAMPU untuk menangani perkara sebegini berlaku. Kalau perlu kami akan pertingkatkan lagi tahap keselamatan semaksimum mungkin,” katanya.

UTAMABERITAKSN Arah Tahap Keselamatan Laman Web Jabatan Dipertingkat Untuk Elak Digodam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium