UtamaNASIONALKPDNKK Temui Jakim Bincang...

KPDNKK Temui Jakim Bincang Isu Air Jampi - pakdin.my

air jampiKUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membincangkan isu penjualan air jampi yang dilihat semakin berleluasa pada masa ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha itu juga diambil untuk mengawal penjualan air jampi di pasaran sekiranya terdapat unsur penipuan dan mendatangkan kekeliruan kepada pengguna. “Kami akan bincang dulu dengan Jakim supaya kita boleh kawal air jampi yang menggunakan iklan yang boleh mengelirukan pengguna sekaligus menipu mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada 8,531 penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, Isnin.

Beliau berkata walaupun tiada sekatan dikenakan terhadap penjualan air jampi di pasaran, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan haruslah ditepati peniaga produk itu terutama dari segi pengiklanan. “Kami telah keluarkan peraturan bahawa tidak boleh mengeluarkan iklan yang mengelirukan semata-mata untuk menarik pengguna membeli sesuatu produk dan garis panduan itu hendaklah dipatuhi oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata kedegilan pengusaha produk untuk mematuhi peraturan itu boleh diambil tindakan kerana cuba menipu orang ramai.Ismail Sabri berkata tindakan juga boleh dikenakan terhadap mereka yang mengeluarkan testimoni tidak tepat setelah menggunakan sesuatu produk kerana ia mengundang kekeliruan orang ramai terhadap produk itu.

“Testimoni pengguna kena tepat iaitu mereka mesti buktikan sesuatu produk yang diambil itu berkesan atau tidak ke atas mereka, sekiranya didapati testimoni tidak tepat, dia boleh diambil tindakan kerana menipu,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan para penuntut supaya tidak menyalah guna BB1M dengan menukarkannya dalam bentuk wang tunai dengan pihak ketiga.

Tindakan itu boleh membantut hasrat kerajaan yang mahu meringankan bebanan penuntut ketika membeli bahan bacaan yang diperlukan untuk pembelajaran, katanya sambil menggalakkan mahasiswa membeli buku di koperasi universiti masing-masing.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...