UtamaPOLITIKPRU-13: Ulama UMNO VS...

PRU-13: Ulama UMNO VS Artis PAS - pakdin.my

artis pasAkhir-akhir ini, UMNO begitu giat mendekati golongan Ulama selain mengadakan program-program berunsur agama termasuk yang melibatkan Ulama tersohor dari luar negara.   ‘Pembaharuan’ yang dibuat oleh UMNO ini membuktikan betapa UMNO serius dalam memperbaiki diri serta mengambil berat tanggungjawabnya mempertahankan kesucian agama Islam, kesejahteraan Umat Melayu serta sebagai ‘pengawal benteng’ kedudukan Melayu dan Islam iaitu Institusi Raja-raja Melayu.

Walaupun begitu, UMNO tidak pernah mempergunakan agama untuk kepentingan politik.   Tetapi, di masa yang sama UMNO sentiasa meminta pandangan dan mengalu-alukan penyertaan agamawan bagi memperkukuhkan ‘keperibadian’ UMNO itu sendiri.   Malah, kini desas desus bahawa UMNO bakal menyenaraikan beberapa Ulama sebagai calon PRU-13 semakin kuat kedengaran.

Antara yang disebut-sebut adalah beberapa personaliti yang cukup dikenali di dalam Ulama Muda Umno (ILMU), termasuk Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.

ILMU menampilkan golongan agamawan yang membawa pendekatan professional dalam berdakwah iaitu dengan membawa hujah-hujah akademik dan seruan ke arah perpaduan dan kemajuan bagi membawa ummah ke arah budaya yang canggih agar lebih relevan dengan dunia hari ini.

Namun, di masa yang sama kita sedar bahawa pendekatan sebegini nampaknya masih sukar untuk menarik minat segolongan besar masyarakat Islam yang sudah terlalu asyik dengan pendekatan dakwah ringan, remeh dan cetek iaitu, secara bidas, sindir, umpat, kutuk dan cela di mana pada dasarnya mengajak kepada perpepecahan, selain mengingkari ajaran Islam yang melarang kita mengambil alih kerja Allah SWT untuk menghukum dan menilai manusia lain.

Oleh itu, tinggilah harapan kita sekiranya ada di antara agamawan di dalam ILMU menceburi politik secara langsung agar dapat mengubah cara pemikiran masyarakat Islam di Malaysia.

Selain ILMU, khabar angin juga membawa beberapa nama lain yang berpotensi dalam arena politik UMNO, seperti Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan Ustazah Norbahiyah serta beberapa yang lain.

Jika semua khabar angin ini benar, maka, satu perkara pokok yang wajar difahami ialah sekiranya para Ulama ini menceburi politik maka tugas mereka bukan sahaja terhad kepada bidang dakwah dan permasalahan agama, tetapi yang lebih penting ialah mereka wajib untuk mempunyai skil untuk mentadbir dan memahami sedikit sebanyak selok-belok ekonomi.

Kita tidak mahu kawasan yang diterajui mereka menjadi seperti Kelantan, yang selamanya mundur di bawah pemerintahan ‘Ulama’.  Kita tidak mahu nama ‘Ulama’ atau ‘Islam’ diperlekeh hanya kerana mereka tidak mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.

Apa yang menarik mengenai kesungguhan UMNO untuk memperbaiki diri dengan mendekati Islam ialah hakikat bahawa saingan paling sengit parti ini, iaitu PAS pula mengambil langkah yang seratus-peratus bertentangan.   Sejak bekerjasama dengan DAP dan PKR, PAS bertungkus lumus cuba menampilkan imej yang terbuka, sekali gus meninggalkan imej ekstrem yang menjadi pakaian parti itu.

PAS berbangga dengan artis-artis yang memilih untuk bersama PAS dan di masa yang sama, cuba menggambarkan Ulama PAS sebagai sederhana.   PAS juga tidak segan silu melonjakkan artis-artis kurang cerdik dan bermasalah seperti Bob Lokman, Abby Abadi atau Aishah sebagai ‘ikon’ mengatasi Ulama mereka.  Artis-artis ini diusung ke hulu ke hilir untuk berceramah mengajar orang lain mengenai agama, iaitu sesuatu yang baru sahaja ditemui mereka.

Akibatnya, keluarlah segala karut marut dari mulut artis-artis bingung ini seperti menuduh orang lain sebagai kafir, serta ada juga yang begitu ‘takbur’ sehingga mencabar dan berdebat dengan Ulama, hanya kerana Ulama tersebut tidak menyokong PAS.

PAS menampilkan artis-artis ini sebagai ‘bukti’ keberkesanan tarbiyah mereka.  Walhal,  apa yang terbukti sebenarnya hanyalah kejahilan artis-artis tersebut, serta kerakusan Ulama PAS yang sanggup membiarkan si jahil menyesatkan orang lain demi kepentingan politik PAS.

Namun, melihat dari kesungguhan PAS untuk membuktikan keterbukaan parti tersebut, tidak mustahil PAS akan meletakkan artis-artis ini sebagai calon PRU-13.

Jika benar, rakyat Malaysia bolehlah menyaksikan kempen pilihanraya paling meriah dalam sejarah apabila ceramah Ulama UMNO bertembung dengan ceramah artis PAS.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...