Saturday - July 31, 2021 @ 11:43
POLITIKKemenangan PRU-13 Penting Untuk Bentuk Kerajaan Islam - @nikabdulaziz

Kemenangan PRU-13 Penting Untuk Bentuk Kerajaan Islam – @nikabdulaziz

Samaada Nik Aziz mimpi disiang hari atau beliau sengaja untuk menipu penganut PAS. Apakah NikAziz buat-buat lupa PAS cuma bertanding 66 daripada 222 kerusi parlimen. Untuk melaksanakan hayalan tersebut PAS perlu mendapat persetujuan dari rakan dalam pakatan pembangkang yang cuma berpakat-pakat tanpa pendaftaran dan halatuju yang jelas.

PKR dan DAP jelas menolak negara Islam dari kenyataan tegas ketua mereka Anwar Ibrahim dan Karpal Singh, malahan jelas didalam buku jingga yang menjadi pegangan rakan pakatan yang dipersetujui oleh PAS sendiri tidak termaktub didalamnya perlaksanaan negara Islam.

+++++

Kenyataan Hadi Awang sendiri pada 11 Disember 2011 dengan jelas mengatakan PAS akan melaksanakan negara kebajikan.

Kemenangan PRU-13 Penting Untuk Bentuk Kerajaan Islam – Nik Aziz

hadi-awang-karpal-singh

KOTA BARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang amat penting untuk parti itu dalam mencapai matlamat membentuk sebuah kerajaan Islam bagi menggantikan kerajaan sekular sedia ada.

“Hanya parti politik berlandaskan Islam dalam perjuangan mereka akan selamat di dunia dan akhirat.

“Sekiranya Umno ingin bekerjasama dengan PAS, mereka harus menghentikan nasionalisme dan mengamalkan Islam dalam polisi mereka,” kata Menteri Besar Kelantan itu yang baru pulang mengerjakan Umrah.

Nik Aziz turut mengkritik bantuan kewangan yang dihulurkan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat dan berkata, Islam menggalakkan penyebaran ilmu dan tidak menyukai perbuatan boros.

Beliau berkata, pemberian bantuan itu seperti memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.

“Pemberian wang itu mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari,” katanya yang merujuk kepada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diterima rakyat di seluruh negeri ketika ini.

Di bawah BR1M 2.0, kira-kira 2.7 juta individu bujang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 akan menerima RM250 manakala 4.3 juta isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan menerima RM500.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here