UtamaBORNEOSARAWAKPM Cabar SUPP Jadi...

PM Cabar SUPP Jadi Parti Pilihan Masyarakat Cina Sarawak - pakdin.my

najib Chap Goi Mei natu kawahKUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menyahut cabaran untuk muncul sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) yang disegani serta parti pilihan masyarakat Cina di Sarawak.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata anggota SUPP mesti bersatu dan mengetepikan perbezaan dalaman parti apabila berdepan dengan ujian sebenar meraih sokongan masyarakat Cina menjelang pilihan raya umum.

“Saya mahu SUPP memainkan peranan anda. Semoga anda menyahut cabaran dan memikirkan masa depan Malaysia, BN dan SUPP sebagai parti dalam semangat sebenar sambutan Tahun Baharu Cina dan melambung Yee Sang,” katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di hadapan lebih 10,000 pengunjung pada perhimpunan sambutan pra Chap Goi Mei anjuran SUPP di bandar baharu, MJC Batu Kawah, di sini, Khamis malam.

najib Chap Goi Mei natu kawah2Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan barisan pemimpin parti komponen BN negeri.

Acara tersebut turut disenaraikan di dalam ‘Malaysia Book of Records’ sebagai bilangan terbesar 10,000 orang melakukan ‘low sang’ (melambung Yee Sang), mengatasi rekod 4,500 orang sebelum ini.

Yee Sang ialah sejenis hidangan salad ikan mentah dengan bercampur cebisan sayur-sayuran dan berankea sos dan perasa yang disediakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina sebagai lambang kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.PM Cabar SUPP Jadi Parti Pilihan Masyarakat Cina Sarawak

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menyahut cabaran untuk muncul sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) yang disegani serta parti pilihan masyarakat Cina di Sarawak.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata anggota SUPP mesti bersatu dan mengetepikan perbezaan dalaman parti apabila berdepan dengan ujian sebenar meraih sokongan masyarakat Cina menjelang pilihan raya umum.

“Saya mahu SUPP memainkan peranan anda. Semoga anda menyahut cabaran dan memikirkan masa depan Malaysia, BN dan SUPP sebagai parti dalam semangat sebenar sambutan Tahun Baharu Cina dan melambung Yee Sang,” katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di hadapan lebih 10,000 pengunjung pada perhimpunan sambutan pra Chap Goi Mei anjuran SUPP di bandar baharu, MJC Batu Kawah, di sini, Khamis malam.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan barisan pemimpin parti komponen BN negeri.

Acara tersebut turut disenaraikan di dalam ‘Malaysia Book of Records’ sebagai bilangan terbesar 10,000 orang melakukan ‘low sang’ (melambung Yee Sang), mengatasi rekod 4,500 orang sebelum ini.

Yee Sang ialah sejenis hidangan salad ikan mentah dengan bercampur cebisan sayur-sayuran dan berankea sos dan perasa yang disediakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina sebagai lambang kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

Najib berkata kerajaan mahu melibatkan diri dengan masyarakat Cina yang telah banyak mendapat manfaat melalui dasar-dasar BN selain menghormati budaya dan gaya hidup mereka seperti menerima konsep GongXi Raya dan 1Malaysia yang menjadi sebati dalam minda rakyat.

“Jadi kita mempunyai banyak benda untuk bersyukur…Anda (masyarakat Cina) menikmati kehidupan yang baik kerana anda bekerja keras dan memiliki kemahiran dalam bidang keusahawanan tetapi keadaan ini semua juga kerana dasar BN yang mewujudkan peluang dan merangsangkan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

“Kita tidak menyekat atau menghalang anda untuk mencapai kejayaan,” katanya, sambil menambah dalam bidang pendidikan, Malaysia adalah satu-satu negara dalam di dunia di luar China dan Taiwan yang membenarkan sekolah aliran Cina berkembang, satu hakikat yang diambil mudah oleh pihak tertentu.

Pada pilihan raya umum nanti, Najib berharap masyarakat Cina tidak memperjudikan masa depan Malaysia untuk anak-anak dan cucu mereka kerana sekiranya membuat kesilapan, negara akan ‘menjunam’ dan sukar sekali untuk pulih semula.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...