UtamaPOLITIKAnwar Ibrahim Pengkhianat Nombor...

Anwar Ibrahim Pengkhianat Nombor Satu Negara – Muhyiddin - pakdin.my

anwar hogun siouKENINGAU  — Parti pembangkang mengaburi pemikiran rakyat dengan pembohongan sebagai taktik menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pembangkang kini risau kerana rakyat, khususnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang, semakin sedar bahawa BN adalah satu-satunya kerajaan yang mampu membela dan menjaga kebajikan rakyat.

Sambil menyifatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat nombor satu negara di dunia luar, Muhyiddin berkata Anwar sengaja memberi gambaran buruk mengenai situasi dalam negara.

“Barisan pemimpin pakatan pembangkang datang ke Sabah dengan mengatakan BN semakin kalah di Semenanjung. Itu adalah pembohongan…dan kononnya Sabah juga akan jatuh ke tangan mereka,” katanya pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di sini, Jumaat malam.

Mereka mengatakan rakyat di Malaysia menderita, tetapi pembangkang yang sebenarnya tertekan kerana mereka sudah nampak gelombang iaitu kebangkitan rakyat yang tahu bagaimana BN berjuang untuk rakyat.

“Anwar semakin mendapat kurang mendapat sambutan rakyat ketika turun berkempen. Jadi apabila rakyat tidak lagi percaya kepadanya, dia ke luar negara seperti Australia dan Indonesia untuk memburukkan Malaysia,” katanya.

Muhyiddin berkata sokongan rakyat terhadap BN semakin kuat khususnya di Sabah, tetapi pembangkang sengaja tidak nampak dan tidak mengakui pembangunan ketara yang dibawa oleh BN ke negeri itu.

Pada program itu, Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meluluskan peruntukan RM40 juta bagi pembinaan sebuah sekolah menengah baharu, SMK Desa Wawasan, di Tambunan, dekat sini.

Beliau turut bersetuju untuk mewujudkan sebuah Sekolah Menengah Sains di di sini bagi memenuhi keperluan pelajar yang semakin minat dalam bidang sains.

Di samping itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi pembinaan dewan serba guna Sekolah Kebangsaan Bingkor dan RM1 juta untuk melaksanakan pelbagai projek kecil di daerah Keningau.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...