UtamaEKONOMIHarga kereta baru turun...

Harga kereta baru turun sejak tahun lepas - pakdin.my

Kos-Kereta-di-MalaysiaPUTRAJAYA – Harga-harga kereta baharu sudah mula turun sebanyak RM2,200 hingga RM17,000 sejak tahun lepas, bergantung kepada modelnya, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, pengurangan harga selanjutnya akan direalisasikan menerusi liberalisasi industri automotif hasil daripada pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

Mustapa berkata, duti import kereta dari Jepun dan Australia, yang kini masing-masing sebanyak 15 peratus dan 13.6 peratus, akan diturunkan secara beransur-ansur kepada sifar menjelang 2016.

Menerusi Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA), duti import ke atas kereta sudah dimansuhkan mulai 1 Januari, 2010.

Malaysia sedang berunding dengan Kesatuan Eropah, Turki dan Bangladesh untuk memeterai FTA, kata Mustapa pada sidang media di sini, hari ini.

Mustapa berkata, kerajaan berunding dengan syarikat-syarikat kereta supaya mereka secara sukarela mengurangkan harga-harga kereta, dan berkata pengurangan harga kereta juga adalah hasil daripada tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk menjadikan industri tersebut lebih cekap dan kompetitif.

Beliau bagaimanapun berkata, sebarang liberalisasi perlu dilakukan secara beransur-ansur bagi membolehkan industri itu menerima pakai dan menyesuaikannya dengan keadaan berikutan industri berkenaan yang mengaji 300,000 pekerja secara langsung dan tidak langsung, tidak terjejas teruk.

“Selain itu, pasaran kereta terpakai dan penjualan semula sahaja mempunyai 100,000 pekerja dan perolehan daripada cukai kereta membantu mensubsidi kos bahan api dan kemudahan lain,” katanya.

Mustapa berkata, pembukaan industri automotif Malaysia secara berperingkat-peringkat akan menggalakkan pengeluar baharu dan sedia ada untuk mengguna Malaysia sebagai hab pengeluaran bagi rantau ini, terutama kereta cepat tenaga.

“Ekosistem industri kereta sangat besar dan penting, di banyak negara di dunia, dan oleh itu perhatian perlu diberikan,” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan merancang mengurangkan duti eksais, Mustapa berkata perbincangan “berjalan lancar” namun menekankan bahawa apa pun keputusannya, ia akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...