Wednesday - August 4, 2021 @ 00:53
NASIONALSABAH28 Mayat Pengganas Dikebumikan Sementara #LahadDatu

28 Mayat Pengganas Dikebumikan Sementara #LahadDatu

BERBAU... Anggota polis menunjukkan bungkusan yang mengandungi mayat-mayat penceroboh Sulu sebelum di hantar ke Hospital Lahat Datu, Sabah untuk proses bedah siasat. Mayat-mayat ini dikeluarkan dari Kampung Tanduo
BERBAU… Anggota polis menunjukkan bungkusan yang mengandungi mayat-mayat penceroboh Sulu sebelum di hantar ke Hospital Lahat Datu, Sabah untuk proses bedah siasat. Mayat-mayat ini dikeluarkan dari Kampung Tanduo

28 mayat pengganas yang ditemui sepanjang Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah akan dikebumikan sementara.

Kesemua mayat berkenaan telah selesai dibedah siasat dan diambil sampel DNA.

Langkah itu diambil bagi memastikan tiada masalah kesihatan timbul.

Selain itu, ia bagi mengosongkan bilik mayat di Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau supaya mempunyai ruang yang mencukupi.

Pihak yang ingin menuntut mayat tersebut dikehendaki mengemukakan sampel DNA dan perlu disahkan pengenalannya sebelum mayat boleh dituntut.

Bagi penuntut yang berada di luar negara, tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan sampel itu kepada Kementerian Luar.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here