UtamaBORNEOSABAHEtnik Suluk Sabah Gembira...

Etnik Suluk Sabah Gembira Dengan Jaminan Najib - pakdin.my

najib ops-daulat2TAWAU, 7 Mac  — Masyarakat etnik Suluk Sabah gembira dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan Persekutuan tidak sangsi terhadap kesetiaan etnik itu berikutan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu sejak 12 Feb lalu.

Jurucakap masyarakat etnik itu Datu Raman Datu Ismail berkata masyarakat etnik Suluk di Sabah amat selesa dengan jaminan berkenaan dan ia sememangnya ditunggu-tunggu etnik Suluk selama ini.

“Alhamdullillah, pada pandangan kami etnik Suluk di Sabah, maklum balas Perdana Menteri amat baik sekali sehingga dia memberi jaminan bahawa kerajaan persekutuan tidak ada kesangsian kepada bangsa Suluk di Sabah tentang ketaat setiaan bangsa ini di dalam mendaulatkan negara Malaysia ini.

“Selain daripada itu, kami juga dari etnik Suluk Sabah mengharapkan suku-suku yang ada di Sabah ini tidak memandang serong terhadap suku ini sebab tidak semua suku ini suka mengadakan keganasan seperti yang berlaku hari ini,” katanya.

Datu Raman berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bagi menyatakan taat setia etnik Suluk di Sabah mempertahankan kedaulatan Malaysia kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Lapangan Terbang Tawau sebelum Perdana Menteri berlepas ke Felda Sahabat, Lahad Datu, di sini Khamis.

Seramai 60 pemimpin kerajaan dan pemimpin pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Suluk yang mewakili kira-kira 30,000 ahli mereka di seluruh Sabah hadir dalam majlis penyerahan memorandum berkenaan.

Turut berada di Lapangan Terbang Tawau bagi menyambut Najib ialah Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.

Turut mengiringi Najib ke Felda Sahabat yang berlepas menggunakan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Datu Raman berkata etnik Suluk di Sabah juga tidak bersetuju dengan perbuatan pencerobohan dan menolak perbuatan ganas berkenaan namun cuma segelintir etnik itu yang berfikiran sedemikan yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Beliau mengakui etnik Suluk Sabah turut merasa kecil hati apabila perkataan Sulu itu diulang-ulang dan disebut-sebut termasuk melalui media massa kerana ia menggambarkan seolah-olah semua etnik berkenaan adalah ganas.

“Syukurlah, bermula daripada kelmarin, “Ops Sulu” telah ditukar kepada “Op Daulat” kerana Ops Sulu itu menggambarkan seolah-olah etnik Suluk Sabah akan dihabiskan sama sekali. Alhamdulillah ia telah ditukar kepada Op Daulat dan itulah kebanggaan kami sebagai etnik Suluk Sabah,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...