Lebih 50 suspek pengganas Sulu termasuk wanita ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan #OpsDaulat

ops_daulat-tangkap-suspek3

Lahad Datu, 8 Mac – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih 50 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan di Lahad Datu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).

Beliau berkata mereka, termasuk wanita, ditahan di beberapa tempat di Sabah tetapi di luar kawasan Op Daulat. “Mereka ditahan mengikut akta baharu itu (Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012) dan dibaca bersama (beberapa seksyen) Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera di sini pada 5 petang ini.

Gerakan Op Daulat masuk hari keempat hari ini dengan helikopter diguna untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan. Ismail berkata polis kini mendapatkan maklumat daripada mereka yang ditahan berkaitan pihak penceroboh militan bagi membolehkan pasukan keselamatan mencapai objektif operasi.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran tangkapan itu secara terperinci kerana khuatir akan menjejaskan siasatan. “Apapun, tangkapan itu perlu dan mesti dilaksana kerana ada tanda-tanda kaitan suspek dengan penceroboh,” katanya.

Sementara itu, Zulkifeli berkata sehingga 5 petang ini, pihaknya masih menunggu Wisma Putra berkaitan perkembangan kumpulan penceroboh akan menyerah diri dan meletak senjata tanpa syarat.

“Kami telah hubungi Wisma Putra, dan masih tidak dapat apa-apa berita sejak pagi tadi… tiada isyarat (serah diri dan letak senjata) daripada pihak berkenaan. “Justeru itu, Op Daulat diteruskan,” katanya sambil menjelaskan tiada kejadian pertempuran antara pasukan keselamatan dan musuh hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat semalam, berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata serta menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...