Penjawat Awam Dapat Satu Kenaikan Gaji Tahunan – @NajibRazak - pakdin.my

   PUTRAJAYA, 11 Mac  — Kerajaan bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

“Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion,” katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020’, di sini, Isnin.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.

Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).

Perdana Menteri juga berkata berkuatkuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.

“Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.

“Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara,” katanya.

Najib berkata sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.

Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan.

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menambah baik pelaksanaan urusan kenaikan pangkat kumpulan pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat daripada 15 tahun kepada 13 tahun.

“Ia akan memanfaatkan lebih 17,000 penjawat awam yang layak. Kriteria penilaian kecemerlangan penjawat awam yang menjadi asas pertimbangan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat itu akan dimuktamadkan bersama dengan semua pihak berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan secara prinsipnya turut bersetuju bagi melunaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.

“Kaedah pelaksanaannya termasuk pembangunan kriteria dan struktur panel khas untuk ketiga-tiga laluan baru tersebut akan diperincikan sebelum dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah mula mengadakan perbincangan dengan Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan yang terlibat bagi penambahbaikan 22 skim perkhidmatan yang berkaitan daripada segi perluasan skop, fungsi dan tugas sewajarnya.

“Skim perkhidmatan dalam kelompok gred jawatan dan gred gaji satu hingga sepuluh akan dinaik taraf ke gred jawatan atau gred gaji yang setaraf dengan kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya.

Skim perkhidmatan yang terlibat antaranya ialah Pembantu Am Pejabat, Pemandu Kenderaan dan Tukang K3.

“Dengan penambahbaikan skim perkhidmatan yang dijangka selesai akhir tahun ini, daripada segi jangka panjang seramai 166,541 penyandang akan menerima manfaat dari segi laluan kerjaya lebih baik dan peningkatan gred gaji,” katanya.

Sementara itu, 81 skim perkhidmatan yang telah ditambah baik tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dirundingkan semula dengan Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan, melibatkan antaranya skim perkhidmatan Bakat, skim perkhidmatan Juruteknik, skim perkhidmatan Pegawai atau Penolong pegawai dan Pembantu Galian serta skim perkhidmatan Tukang K1 serta K2.

…..

PM Umum Imbuhan Untuk 1.4 Juta Penjawat Awam

Perdana Menteri hari ini mengumumkan beberapa imbuhan yang menyaksikan 1. 4 juta penjawat awam mendapat pelbagai faedah dan manfaat melalui sistem saraan baru yang dikenali Sistem Saraan Transformatif.

Kepada semua penjawat awam – kenaikan gaji tahunan antara 80 ringgit hingga 320 ringgit pada 1 Julai ini.

Kepada anggota ATM dan PDRM – gred mereka disetarakan dengan gred perkhidmatan yang lain, berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Dan buat 50,000 pegawai kontrak, kerajaan bersetuju melanjutkan kontrak yang tamat pada 31 Disember ini – setahun lagi.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di Putrajaya.

Ia juga pentas untuk Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyampaikan amanat dan hala tuju kepada semua penjawat awam.

Menjadi keutamaan – ucapan Perdana Menteri, gred dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain.

Dengan mencakupi perubahan skop fungsi tugas, struktur pangkat juga kelayakan bagi kedua-dua skim perkhidmatan.

Gred 22 dan 29 ditetapkan gred baru bagi pangkat Koperal.

Manakala Sarjan daripada gred gaji 27 dinaikkan ke gred gaji 29.

Bagi pangkat Kapten dan Penolong Penguasa Polis kedua-duanya menikmati kenaikan gred gaji 44 daripada gred 41 sebelum ini.

Pangkat Mejar bagi ATM dan Timbalan Penguasa Polis pula dinaikkan ke gred 46 A.

Terakhir, bagi pangkat Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis menikmati gred gaji 52.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN  RAZAK/ PERDANA MENTERI
“Sesungguhnya kesetaraan ini dibuat bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan, ATM, PDRM dan perkhidmatan awam am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian dan perkhidmatan”.

UTAMABERITAPenjawat Awam Dapat Satu Kenaikan Gaji Tahunan - @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium