UtamaPOLITIK"Saya masih Setiausaha Politik...

“Saya masih Setiausaha Politik Zuraida” – Mohd. Fareez - pakdin.my

Mohd Fareez Kamal Intidzam
Mohd Fareez Kamal Intidzam

KUALA LUMPUR  – Mohd. Fareez Kamal Intidzam hari ini menegaskan bahawa dia tidak pernah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Penjelasan itu dibuat Mohd. Fareez bagi menjawab kenyataan majikannya bahawa dia hanyalah sebagai pembantu urusan Parlimen pada 2011 yang kemudiannya berhenti untuk membantu perniagaan bapanya.

Berikut kenyataan penuh Mohd. Fareez kepada pihak media bagi menjawab penafian yang dibuat oleh Zuraida itu:

“Saya masih ahli Keadilan. Tanggungjawab saya untuk bersuara dan berkata benar.”

1. Sehingga hari ini, saya masih lagi ahli Keadilan, Setiausaha Politik Zuraida dan Pegawai Diplomasi Sulit (Antarabangsa) buat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya tidak pernah meletak jawatan dan juga tidak pernah disuruh untuk berhenti bertugas oleh kedua-duanya.

2. Saya memahami situasi, keadaan dan alasan sehingga memaksa Zuraida untuk mengeluarkan kenyataan tersebut.

3. Sehingga hari ini juga, saya tetap komited bersama perjuangan Keadilan dan sebagai ahli parti – adalah hak saya untuk bersuara, sejajar dengan Perlembagaan Parti yang ditetapkan.

4. Saya berharap Puan Presiden, Datin Seri Wan Azizah tidak memecat saya kerana adalah tanggungjawab buat saya untuk bercakap benar – bahawa Wan Azizah tidak layak untuk memimpin Keadilan menjelang pilihan raya akan datang kerana beliau sendiri tidak boleh bertanding kerusi Parlimen.

5. Di manakah maruah parti jika pemimpin Presiden sendiri tidak boleh bertanding?

6. Namun, saya tetap bersedia dengan sebarang tindakan parti termasuk tindakan disiplin atau pemecatan.

7. Walau bagaimanapun, andai ianya tetap berlaku – demi mempertahankan hak saya, saya juga bersedia dan tidak akan teragak-agak untuk membongkar perihal sejak bila wujud perasaan cemburu dan hasad dengki Wan Azizah terhadap saya.

8. Pimpinan harus faham bahawa sikap cemburu melampau Wan Azizah terhadap beberapa pemimpin dan pekerja di dalam parti ini lambat laun akan menghancurkan Keadilan.

9. Kelangsungan Keadilan dan kecemerlangan Pakatan Rakyat adalah lebih utama dan prioriti berbanding kepentingan individu dan peribadi Wan Azizah.”

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...