UtamaBORNEOSABAHPendedahan Wikileaks: Lagi...

Pendedahan Wikileaks: Lagi Bukti Anwar Dalang Keganasan Sulu - pakdin.my

Anwar & Misuari
Anwar & Misuari

Berikut adalah petikan pendedahan laman web Wikileaks yang didapati dari kabel Kedutaan Amerika (http://wikileaks.org/static/html/faq.html)

http://wikileaks.org/cable/2007/05/07MANILA1534.html

Dreaming of Sabah…?

———————

Viewing cable 07MANILA1534, NUR MISUARI BACK ON JOLO, AMID NEW FIGHTING http://wikileaks.org/cable/2007/05/07MANILA1534.html
Viewing cable 07MANILA1534, NUR MISUARI BACK ON JOLO, AMID NEW FIGHTING
http://wikileaks.org/cable/2007/05/07MANILA1534.html

 

Ternyata, hubungan Anwar dengan Misuari adalah lebih dari sekadar hubungan ‘diplomatik’, kerana Anwar telah digambarkan sebagai ‘kawan lama’ oleh Misuari.  Malah, pendedahan ini juga membuktikan bahawa Anwar dan Misuari telah pun mula berhubungan semula sejak 2007 lagi.

Nampaknya Anwar mempunyai ramai kawan dan sahabat di kalangan ‘orang-orang’ yang kontroversi, termasuk musuh-musuh negara dan musuh-musuh Islam.  Sebelum ini, pembunuh Umat Islam, iaitu Wolfowitz juga pernah merujuk kepada Anwar sebagai ‘sahabat baik’.   Begitu juga Al-Gore yang tidak segan silu membela Anwar secara terbuka di pentas Malaysia sendiri, demi persahabatan yang ikhlas.

Rakyat Malaysia tidak boleh mengambil mudah apabila seorang yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia mempunyai sahabat dari kalangan musuh-musuh negara.  Selain itu, secara logiknya, tiada umat Islam yang waras yang sanggup menerima sahabat kepada pembunuh saudara-saudara seagama dengan kita, sebagai Ketua Negara ini.

Hubungan baik dan pertemuan kedua-dua pihak yang gemar ‘mengganggu’ pentadbiran kerajaan di negara masing-masing ini tidak boleh dianggap sebagai biasa.

Apatah lagi dengan kedua-duanya terbukti mempunyai kecenderungan dan keupayaan untuk mencetuskan huru-hara.

Kita sedia maklum bahawa bukan sekali Anwar bercakap mengenai ‘Arab Spring’ dan bukan sekali Anwar cuba mencetuskan keganasan melalui demonstrasi jalanan.   Semua ini dibuatnya berkali-kali dengan harapan untuk menaikkan semangat penyokong-penyokongnya agar bangkit dan membuat huru-hara sehingga kerajaan terpelanting keluar dari Putrajaya.

Seperti juga pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Anwar turut beberapa kali mengundang campurtangan asing dalam pilihanraya, malah dalam kes mahkamahnya.   Tindakan ini jelas menunjukkan kebergantungan Anwar kepada pihak asing sekali gus memberi gambaran jelas tentang jenis pemerintahannya sekiranya beliau mendapat mandat untuk memerintah; iaitu, negara pasti akan hilang kedaulatannya.

Berdasarkan pendedahan Wikileaks serta laporan-laporan risikan Manila yang disebarkan dan juga sikap dan tindakan Anwar sendiri sebelum dan selepas insiden Lahad Datu, kita tidak lagi dapat menolak hakikat bahawa insiden keganasan di Sabah adalah bertitik tolak dari pertemuan-pertemuan sulit Anwar dengan Misuari.

Walaupun kita tahu Anwar amat bencikan pasukan keselamatan dan pertahanan negara kita, kita tidak dapat membayangkan bagaimana Anwar sanggup meletakkan nyawa rakyat Sabah di dalam bahaya demi mencapai cita-citanya.  Apatah lagi jika mengambilkira bahawa ada di antara rakyat di Sabah itu yang merupakan penyokongnya sendiri.

Namun, apa yang dihairankan lagi kerana Anwar telah membuktikan yang beliau tidak kisah menggadaikan masa depan penyokongnya, mahupun keselamatan mereka dalam siri-siri demonstrasi yang didalanginya sebelum ini.

Justeru, kenapa kita harus hairan jika Anwar sanggup menggadaikan nyawa penyokongnya dalam insiden Sulu?  Bukankah Arab Spring yang diidamkan Anwar itu juga mempunyai objektif yang sama iaitu pertumpahan darah di kalangan penyokong kerajaan dan penyokongnya?

Maka, sudah sampai masanya bagi penyokong-penyokong Anwar untuk memikirkan, apakah jenis pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa penyokong sendiri?

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion...

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...