KPM Ambil Tindakan Tegas Guru Hina Pasukan Keselamatan - pakdin.my

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Berkaitan Seorang Guru Di Kelantan Menghina Anggota Polis Melalui Laman Facebook
Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Berkaitan Seorang Guru Di Kelantan Menghina Anggota Polis Melalui Laman Facebook

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas terhadap seorang guru dari Kelantan yang dikatakan menghina pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial Facebooknya.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata kementerian tidak akan berkompromi dengan kenyataan biadap guru itu yang menghina dan mengguris hati banyak pihak serta menjejaskan reputasi dan imej warga pendidik di negara ini.

“Seorang guru sepatutnya menjalankan amanah yang dipikulnya dengan penuh tanggungjawab malah sepatutnya menjadi model semangat patriotisme kepada masyarakat khususnya anak didik mereka,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi Kementerian Pelajaran.

Abdul Ghafar menegaskan Kementerian Pelajaran sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan polis dan tentera dengan mendoakan keselamatan mereka.

“Seluruh warga pendidik mendoakan pasukan keselamatan dikurnia kekuatan dan semangat kental dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara,” katanya.lotfianjing

UTAMABERITASABAHKPM Ambil Tindakan Tegas Guru Hina Pasukan Keselamatan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium