Jacel Kiram dikecam pengikut Twitternya #CerobohSabah - pakdin.my

jacel-kiramAnak perempuan ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jacel Kiram yang baru membuka akaun Twitter semalam menerima kecaman dan kritikan daripada pengikut laman tersebut.

Rata-rata pengikut Twitter yang meninggalkan mesej kepada anak Jamalul Kiram itu secara tegas mahu kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu keluar segera daripada negeri tersebut.

Jacel yang menggunakan nama Princess Jacel Kiram dalam Twitternya bagaimanapun tidak aktif mengemas kini laman twitternya sebaliknya hanya lima status termasuk jawapan balas ditulis olehnya.

Antara kenyataan Jacel menerusi jawapan balasnya kepada salah seorang pengikut twitter, Geminianeyes adalah : “Malaysia tidak pernah memiliki Sabah, negeri itu masih membayar hutang, baca sejarah… Sabah tidak pernah menjadi milik anda!”

Geminianeyes sebelum itu berkata kepada Jacel : “Apakah anda menyangka yang kami (Malaysia) akan menerima kedatangan kumpulan anda tanpa senjata sedangkan tentera anda menceroboh masuk ke negara kami bersama senjata.”

Selain itu, salah seorang lagi pengikut, HRH Sultan SeaDemon berkata kepada Jacel : “Bapa anda bukan salah seorang penerima kekayaan Sulu..Sultan Sulu penipu!”

Dax muhamad pula mahu pengganas Sulu keluar daripada Sabah dan hentikan pembunuhan.

UTAMABERITASABAHJacel Kiram dikecam pengikut Twitternya #CerobohSabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium