UtamaBORNEOSABAHAda Keperluan Tubuh RCI...

Ada Keperluan Tubuh RCI – Tun Mahathir #CerobohSabah - pakdin.my

tentera sultan suluBekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat ada keperluan untuk kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi mengenalpasti dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata, penubuhan RCI mampu menjawab segala persoalan yang dibangkitkan rakyat mengenai insiden tersebut.

“Kita mempunyai kerajaan yang terbuka. Mereka (kerajaan) boleh tubuhkan RCI sekiranya rakyat ingin tahu mengenai siapa dalang di belakang pencerobohan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Yayasan Keamanan Perdana Global (PGPF) sebanyak RM80,000 kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, Jumaat.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi mewakili ahli keluarga pewira negara yang gugur ketika mempertahankan negara di Lahad Datu.

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 58 musuh, manakala di pihak Malaysia, lapan anggota polis dan dua tentera gugur.

Sementara itu, Dr Mahathir turut mempersoalkan sumber kewangan yang diperolehi untuk membiayai operasi kumpulan pengganas Sulu.

“Operasi itu memerlukan sumber kewangan yang besar…jadi dari mana wang itu datang? Saya sendiri tertanya-tanya mengenainya.

“Saya percaya Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu adalah lelaki miskin…dari mana wang untuk membiayai kumpulan pengganas itu datang?,” katanya.

Beliau percaya wujud pihak ketiga yang membiayai pergerakan kumpulan pengganas Sulu memandangkan kerajaan Filipina mengesahkan Kiram adalah lelaki miskin.

Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menolak kemungkinan menubuhkan RCI atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Hishammuddin berkata, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.

“Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarnya yang berlaku…ini kami akan lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka kertas putih.

“Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini dan siapa yang membiayai atau merancang kerana ini semua menyentuh kepada keselamatan nasional,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion...

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...