UtamaPOLITIKPILIHAN RAYAParti Politik Dibenar Lantik...

Parti Politik Dibenar Lantik Wakil Pantau Proses Undi Pos Di Pejabat Kedutaan - pakdin.my

PRU 13SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan semua parti politik melantik wakil atau ejen bagi memantau proses penyerahan kertas undi oleh pengundi pos di luar negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata parti politik yang ingin berbuat demikian perlu menyerahkan senarai nama dan maklumat wakil kepada SPR sebelum dihantar ke pejabat kedutaan Malaysia di luar negara untuk dikemas kini.

“Satu wakil sahaja yang boleh memantau proses penyerahan kertas undi itu pada satu-satu masa… ini berikutan ruangan untuk proses penyerahan kertas undi yang agak terhad, sebab itu kita cuma benarkan satu parti untuk satu wakil sahaja.

“Namun wakil ini boleh memantau secara bergilir… ini kerana proses penyerahan kertas undi mengambil masa yang lama, jadi kita membenarkan untuk parti senaraikan sekurang-kurangnya 10 orang wakil mereka,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat Pemerhati Tempatan PRU13 pada Sabtu.

Beliau berkata setiap wakil yang didaftar akan diberi pas pemerhati yang tertera nama mereka serta parti yang diwakili.

Wan Ahmad berkata pihaknya juga tidak mengehadkan setiap wakil yang dilantik untuk memantau proses penyerahan kertas undi di satu kawasan kedutaan sahaja.

Beliau berkata langkah itu diambil memandangkan ini adalah kali pertama rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dan berdaftar sebagai pemilih berpeluang mengundi.

“Sebelum ini, ada parti politik yang bersuara dan bertanya tidak boleh ke lantik wakil untuk pantau proses pengundian pos itu, dan kita jawab sekarang ‘ya boleh’ dan kitapun telah maklumkan kepada mereka (parti politik) berhubung perkara ini.

“Kita mahu bersikap adil pada semua orang dan mahu rakyat percaya kepada SPR, sebab itu kita bagi peluang rakyat di luar (negara ) untuk turut mengundi,” katanya.

Beliau berkata selain itu, SPR menambah baik perkhidmatannya dengan melantik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi sebahagian daripada pemerhati pada pilihan raya umum kali ini.

Wan Ahmad berkata buat masa ini, NGO yang dilantik untuk tujuan itu ialah Merdeka Centre, Institute For Democracy and Economic Affairs, Majlis Belia Malaysia, Gabungan Persatuan Orang Cacat Malaysia dan Centre For Public Policy Study.

Beliau berkata langkah ini mampu memberi mesej kepada rakyat bahawa proses pengundian di negara ini telus dan mengikut undang-undang.

SPR turut menyediakan pas dan kemeja-t khas untuk wakil NGO yang dilantik sebagai pemerhati.

“Mereka akan pakai baju dan pas pemerhati ini dalam kawasan larangan iaitu di lokasi pusat pengundi, dewan penamaan calon dan dewan penjumlahan undi, ia juga perlu dipakai sepanjang tempoh Parlimen dibubar sehingga tarikh keputusan pilihan raya diumumkan,” katanya.

Wan Ahmad berkata ini bukan sahaja memudahkan polis dan pegawai SPR mengenal pasti identiti wakil NGO berkenaan malah mengekang mereka daripada terbabit dengan salah laku semasa bertugas sebagai pemerhati.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...