UtamaBORNEOSABAHPasukan Keselamatan Cadang Bersihkan...

Pasukan Keselamatan Cadang Bersihkan Penempatan Haram, Perangi Anasir Negatif Di Semporna - pakdin.my

Kampung Seri Jaya Siminul
Kampung Seri Jaya Siminul

SEMPORNA: Pasukan keselamatan mencadangkan penempatan haram di beberapa kampung di daerah ini dibersihkan bagi memastikan kawasan itu bebas daripada anasir keganasan dan aktiviti haram seperti penyeludupan senjata api dan dadah.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata antara perkampungan air yang dicadangkan ialah Kampung Simunul, Kampung Halo, Kampung Panji dan Kampung Bangau-Bangau.

“Ini merupakan cadangan kita yang akan dimasukkan dalam laporan Kawasan Keselamatan Pemerintahan Timur Sabah (Esscom),” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Langkah jangka panjang ini bermatlmat menjadikan daerah Semporna sebagai hab pelancongan di Sabah, seterusnya menangkis segala anasir keganasan dan unsur jenayah sehingga ke peringkat akar umbi, katanya.

Beliau berkata pasukan keselamatan turut mencadangkan penempatan baharu diwujudkan buat penduduk tempatan.

Mohd Firdaus berkata pihak keselamatan juga akan mencadangkan kepada jawatankuasa Esscom agar mengharamkan penggunaan bot pam yang menggunakan enjin kuasa tinggi dan boleh dinaiki maksimum dua orang, kepada penduduk tempatan.

“Ini bagi memudahkan pihak keselamatan membuat pemantauan terhadap aktiviti penduduk, jika mereka menggunakan bot pam ia menyukarkan pihak keselamatan, kerana bot itu sangat laju,” katanya.

Beliau berkata cadangan itu selaras dengan usaha pihak keselamatan untuk membanteras anasir negatif di beberapa perkampungan itu seperti penyeludupan dan mengawal kehadiran pendatang asing.

Beliau berkata selepas insiden berdarah yang mengorbankan enam anggota pasukan keselamatan di Kampung Simunul 2 Mac lepas, polis melalui unit Cawangan Khas mendapati terdapat unsur pengganas di beberapa penempatan haram di perkampungan itu.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...