Kerajaan Akan Bincang Benarkan Diplomat Filipina Lawat Suspek

opsdaulat-day10-tangkapBAGAN DATOH: Kerajaan akan berbincang dengan pihak berkuasa bagi membenarkan diplomat Filipina di negara ini melawat suspek pengganas Sulu yang ditahan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya beliau akan berbincang dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Polis Diraja Malaysia bagi tujuan itu.

Diplomat Filipina termasuk dutanya di Kuala Lumpur mungkin dibenar melawat selepas urusan soal siasat oleh pihak keselamatan ke atas suspek selesai sepenuhnya, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan 120 komputer untuk sekolah rendah kebangsaan dan jenis kebangsaan terpilih, di sini, Sabtu.

Pada masa yang sama Ahmad Zahid juga menyangkal laporan portal berita Philippine Daily Inquirer bahawa Malaysia menyekat pasukan kemanusiaan dan media Filipina daripada berjumpa dengan rakyat negara itu yang ditahan di pusat pemindahan di Lahad Datu.

Menurut Ahmad Zahid semua media asing termasuk dari Filipina bukan sahaja dibenar berada di pusat media di Felda Sahabat tetapi juga dibawa ke kawasan Operasi Daulat bagi mendapat gambaran sebenar, susulan ada dakwaan pihak keselamatan negara ini bertindak zalim dan mengetepikan hak asasi manusia.

Mengulas perkembangan terkini di Lahad Datu, Ahmad Zahid berkata saki-baki kumpulan pengganas itu semakin terdesak akibat ketiadaan bekalan makanan dan minuman kerana dikepung pihak keselamatan di kawasan kecil.

“Ketuanya telah meninggalkan mereka, moral mereka terlalu rendah sekarang dan masyarakat di Sabah tidak menyokong tindakan mereka, ertinya mereka tidak dapat bantuan maklumat dan juga sokongan moral keturunan Sulu di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata ada antara pengganas terbabit dilapor mencuri makanan di rumah kongsi dan kedai makan.

“Kita harap masyarakat setempat dapat lebih berhati-hati kerana mereka lapar dan tindakan mereka lebih agresif,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...