UtamaBORNEOSABAHTiada Arahan Keluar IC...

Tiada Arahan Keluar IC Kepada Pendatang Asing Yang Tidak Layak – Dr Mahathir - pakdin.my

Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad.

PAPAR — Kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak untuk memberikan kad pengenalan (IC) atau kewarganegaraan kepada pendatang asing yang tidak layak di Sabah, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru, beliau menegaskan rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan seumpama itu dilakukan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri.

“Saya sedar isu (Projek IC) ini jadi perhatian rakyat Sabah. Saya ada diberitahu ada yang tak layak…baru sampai hari ini, dah dapat IC.

“Ini bukan arahan kita, bukan arahan kerajaan…ini adalah penyelewengan pegawai di tempat itu kerana kepentingan lain,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena program ‘Bicara Minda bersama Tun Dr Mahathir Mohamad’ di Dewan Masyarakat Papar, dekat, sini Sabtu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas trend kempen pembangkang yang kini lantang memainkan isu ‘Projek IC’ bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Beliau memperjelaskan bahawa ramai orang yang bukan berasal dari negara ini diberi hak kerakyatan kerana mereka telah tinggal lama di negara ini serta menguasai bahasa kebangsaan.

“Ramai daripada kita berasal dari negara lain, misalnya dari China, Arab dan India dan kesemua mereka duduk lama di sini dan setia kepada negara ini. Kita beri kerakyatan kalau mereka menepati syarat selepas proses ujian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada kerajaan mampu meningkatkan royaliti minyak daripada lima peratus sekarang kepada Sabah, Dr Mahathir, 87, berkata amalan kerajaan kini lebih menjurus kepada perkongsian kekayaan untuk semua rakyat di negara ini.

Sebelum ini, pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 menjanjikan 20 peratus kadar royalti minyak kepada rakyat Sabah.

“Kalau mereka (pembangkang) nak bagi (lebih tinggi)…bagilah 100 peratus kepada Sabah,” katanya yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 sebelum berundur pada 2003.

Mengenai penubuhan kawasan keselamatan khas, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Sabah ekoran kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Dr Mahathir berkata langkah itu wajar dan tepat pada masanya memandang kini terdapat ancaman keselamatan yang ketara di perairan negara.

Beliau menyifatkan tindakan pengganas Sulu menceroboh dan membunuh sembilan anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada awal bulan ini, sebagai tidak bijak.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...