Anwar: ‘Asyik guna isu ini untuk jatuhkan saya’ - pakdin.my

aksi-panas-5Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal pihak lawan masih tidak jemu menggunakan isu sama untuk memburukkan peribadinya di mata masyarakat berikutan penyebaran gambar kontroversi terbaru yang dikatakan mirip wajahnya.

“Dulu perut buncit, tapi sekarang tak (dalam gambar kontroversi terbaru). Pihak lawan asyik guna isu ini untuk jatuhkan saya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin akan terus dapat sokongan pengikutnya walaupun dilanda pelbagai kontroversi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Saya yakin, mereka yang tidak putus-putus mendoakan serta bersolat hajat untuk membebaskan saya pada suatu masa dahulu dalam isu yang sama, akan terus berdiri teguh bersama saya,” katanya sempena Program Jelajah Rakyat di Kampung Pedas Tengah, di sini, malam tadi.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Anwar terlalu sibuk berkempen dan tiada masa untuk lakukan semua itu.

Katanya, PR menganggap perkara ditonjolkan itu taktik lama BN menjelang pilihan raya umum.

Menurutnya, skandal itu tidak berasas sama sekali melihat kepada kesibukan Ahli Permatang Pauh itu menghadiri program-program PR.

“Jika saudara ikut dia, seperti berapa orang wartawan ikut dia, saya ingat, wartawan pun pengsan, tak larat.

“Jadi saya rasa, kalau itulah taktik BN, tak perlu undi BN lagi. Kita perlu hentikan mengundi golongan seperti ini,” katanya.

Video seks – Haji Hadi kata WAJIB dedahkan aib pemimpin.

Hadi dedah aibDetikDaily bertarikh 27 Ogos 2009 dengan tajuk “Wajib dedah peribadi calon pilihan raya – Ustaz Hadi”, Haji Hadi berkata: “Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin. […]

Video seks – Ulamak PAS kata WAJIB mengumpat dan dedahkan aib

anwarchinadoll2Setiausaha Majlis Syura Pas Pusat, Abdul Ghani Samsudin hari ini mempertahankan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan calon-calon parti itu mengumpat dan mendedahkan keburukan lawan masing-masing. Abdul Ghani yang juga calon Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burung, Selangor, berkata, pendedahan tentang hakikat sebenar seorang pemimpin dibenarkan oleh syarak bagi mengelakkan […]

UTAMABERITAAnwar: 'Asyik guna isu ini untuk jatuhkan saya'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium