UtamaPOLITIKCendekiawan Islam Sedia Tubuh...

Cendekiawan Islam Sedia Tubuh Badan Penasihat Khas BN Untuk Tadbir Kelantan - pakdin.my

tukar-kelantanKOTA BAHARU: Sekumpulan cendekiawan Islam sedia menubuhkan sebuah badan penasihat khas kepada Barisan Nasional (BN) Kelantan untuk mentabir negeri itu secara Islamik jika berjaya menubuhkan kerajaan di negeri itu pada pilihan raya umum ke 13.

Prof Emeritus Datuk Dr Mahmud Zuhdi Abdul Majid berkata beliau dan rakan-rakannya akan memberi nasihat “bagaimana nak tubuh kerajaan Islam yang bersifat lebih rasional daripada biasa berasaskan kepada lima perkara pokok”.

“Lima perkara pokok itu adalah memberi nasihat berdasarkan al-Quran dan sunnah, realiti semasa, pandangan terhadap keutamaan yang dikehendaki Islam, objektif syariat, dan konsep keadilan dalam pemerintahan,” kata Dekan Fakulti Pengajian Ilmu Wahyu dan Pengajian Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa itu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Multaqa Mahabbah Ulama dan Intelektual Islam Peringkat Negeri Kelantan di sini, Ahad.

Majlis itu dihadiri seramai 4,800 guru agama seluruh Kelantan dan dirasmikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mahmud Zuhdi mendakwa kerajaan PAS Kelantan telah gagal melaksanakan kaedah pemerintahan secara Islam di negeri itu. Beliau menyifatkan pentabiran PAS Kelantan tidak ada bezanya dengan pentadbiran BN di negeri-negeri lain.

“Para cendekiawan Islam telah bersepakat yang mereka langsung tidak melihat konsep kepimpinan Islam secara kolektif di Kelantan, dan apa yang berlaku, ialah mengharapkan pada satu tokoh semata-mata yang banyak mengikut telunjuk pihak tertentu untuk kepentingan pihak lain dalam berpolitik.

“Ini satu kesalahan di Kelantan yang ikut telunjuk seorang sahaja sedangkan orang lain ambil kesempatan dari kejujuran itu tetapi kebijaksanaan cita-cita itu tidak ada.

“Saya tidak mahu manyalahkan orang Kelantan tetapi harapan itu sebenarnya telah dikecewakan,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion...

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...