UtamaBORNEOSABAHDr M: Kedaulatan hilang...

Dr M: Kedaulatan hilang jika rakyat tidak patriotik - pakdin.my

mahathir-lahad-datu-day12- (7)KOTA KINABALU – Kemajuan dikecapi negara masa kini bukanlah datang dengan sendirinya tetapi adalah hasil usaha dan perjuangan para pemimpin terdahulu dan rakyat perlu menghayatinya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil menegaskan rakyat Malaysia kini menikmati pembangunan dalam semua peringkat termasuk pembangunan minda, beliau berkata perkembangan itu memerlukan generasi muda melengkapi diri dengan ilmu terkini terutama dalam bidang sains dan teknologi.

“Kita sedar bahawa kemajuan kita, hidup selesa dan kebahagiaan bukan datang dengan begitu mudah tetapi ia diusahakan, jika kita sedar maka kita boleh menyediakan diri kita untuk masa depan, kita membekalkan diri kita dengan ilmu pengetahuan yang tidak statik dan sentiasa bertambah seumur hidup,” katanya ketika menyampaikan syarahan perdana di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Likas, dekat sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 hadirin ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali,  Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Naib Canselor UMS Datuk Mohd Harun Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Tan Sri Abdul Hamid Egoh serta ahli akademik UMS.

Dr Mahathir berkata generasi muda pada zaman sekarang berpeluang mendapat ilmu pengetahuan tanpa batasan berbanding pada zaman dahulu, sekali gus mereka dapat berfikir dan menilai apa juga pendapat dan pengaruh terutamanya dari negara luar.

“Sekiranya rakyat ingin melihat negara maju, ia bukan saja perlu menguasai ilmu terkini tetapi juga perlu berpegang dengan nilai-nilai dan sifat yang baik serta mulia yang pasti boleh menyumbang kepada kemajuan negara…inilah peranan penting para muda mudi di negara ini,” katanya.

Dr Mahathir menekankan kemajuan sesebuah negara juga terletak kepada tahap keselamatan negara dan setiap individu perlu ada perasaan sayangkan negara.

“Jika rakyat tidak mempunyai semangat patriotik dan setia pada negara, negara tidak akan selamat dan akan hilang kedaulatannya,” katanya.

Untuk terus menjadi sebuah negara yang berdaulat, beliau berkata negara harus dipertahankan dan mereka yang menyertai badan beruniform juga perlu menguasai ilmu pengetahuan.

Dalam hal ini, katanya peranan polis dan tentera yang berani telah mewujudkan satu keadaan yang selamat dalam masyarakat dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara amat disanjung tinggi.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menyifatkan penubuhan Pusat Kajian Strategik di UMS sebagai langkah bijak dan tepat pada masanya kerana ia turut merangkumi kajian tentang jenis-jenis peperangan zaman dahulu dan sekarang, terutama pada masa kini yang lebih kepada “perang gerila, gerila bandar dan gerila majmuk”.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...