Kerana berpuasa: Pengawal peribadi dakwa diacu pistol, dipukul - pakdin.my

Dua pengawal keselamatan mendakwa ditampar, dipukul dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang bukan beragama Islam di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, kedua-dua mangsa ditampar dan dimarahi apabila memberitahu mereka berpuasa selepas ditanya sama ada mereka berpuasa atau tidak ketika berada di lobi Residensi One KL, Jalan Pinang, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata kedua-dua mangsa kemudian mengikut suspek yang berusia 43 tahun itu ke rumahnya di Batu Nilam, Klang, Selangor, sebelum dipukul dengan sebatang rotan.

“Apabila sampai di rumah suspek, pengadu dan rakannya dipukul dengan sebarang rotan dan diacukan pistol.

“Kedua-dua mangsa mengalami lebam pada bahagian belakang badan dan telah mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa terbabit bekerja di sebuah syarikat dikenali sebagai GMP Kaisar Sekuriti Sdn Bhd dan dilantik sebagai pengawal peribadi kepada suspek.

“Kedua-dua mereka sudah berkerja dengan suspek selama tiga hingga tujuh tahun lalu dan punca kejadian dipercayai akibat suspek tidak suka mangsa dan rakannya berpuasa pada bulan Ramadan dan memaksa mereka untuk tidak berpuasa.

“Suspek juga telah merampas sepucuk pistol jenis Glock milik seorang daripada mangsa dan mengacukannya ke arah mangsa sambil membuat ugutan bunuh,” katanya.

Zainal berkata, suspek lelaki terbabit yang juga seorang ahli perniagaan sudah ditahan sebentar tadi.

Pada masa ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama atas melakukan ugutan jenayah.

UTAMABERITAKerana berpuasa: Pengawal peribadi dakwa diacu pistol, dipukul

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium