KJ kongsi maklumat bercanggah dengan DG Hisham berkaitan COVID-19 - pakdin.my

Bagaimanalah rakyat ingin percayakan kerajaan sekiranya maklumat yang keluar daripada dua orang kerjaan yang berbeza, berbeza? Pada 17 April 2021 lalu, DG Hisham ada mengutuskan satu maklumat berkaitan petugas barisan hadapan yang dijangkiti COVID-19, walaupun telah melengkapkan program imunisasi.

Apa yang DG Hisham kata?

Menurut beliau:

  • 40 petugas barisan hadapan dijangkiti COVID-19 selepas menerima dos kedua vaksin.
  • 9 daripadanya menerima selepas 2 minggu daripada tarikh terima dos kedua manakala
  • 31 lagi dalam tempoh 2 minggu penerimaan dos kedua.
  • 142 orang lagi dijangkiti sebelum mereka menerima dos kedua vaksin.
  • 244 orang lagi dijangkiti sebelum mereka mulaka dos pertama program pemvaksinan.

Beliau juga memaparkan carta pai dengan tajuk “Bilangan Petugas Kesihatan dengan COVID-19 berdasasrkan Status Pemvaksinan COVID-19” dengan julat masa antara 7 Mac 2021 hingga 15 April 2021.

Apa yang beliau cuba ingin sampaikan ialah, vaksin berkesan untuk mengelakkan symptop terus akibat COVID-19 tapi tidak menghalang jangkitan. Makanya, orang ramai perlu kekal mengamalkan SOP walaupun telah divaksinkan.

Apa yang YB Khairy kata?

YB Khairy terus menyelar golongan anti-vaksin kerana menyebarkan berita tentang ketakberkesanan vaksin. Di mengatakan yang:

“31 daripada 40 petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 belum menerima dua dos vaksin COVID-19. Sistem imun kita hanya berada pada keadaan paling bersedia memerangi COVID-19 DUA MINGGU selepas dos KEDUA. Baru dikatakan FULLY VACCINATED.”

Sedangkan menurut status DG Hisham, 40 petugas tersebut sudahpun terima dos kedua vaksin dan dia juga menggariskan yang seseorang individu hanya dianggap telah divaksinkan selepas 2 minggu.

Kami telahpun menghubungi YB Khairy untuk penjelasan.

Amalan pelaporan tepat diperlukan untuk membina kepercayaan
Ada beberapa lagi pelaporan kurang tepat sedang berleluasa tentang menghebahkan berita COVID-19. Paling ketara ialah tentang jumlah orang yang divaksin.

Setakat 18 April 11:59 malam, seramai 443,029 individu telahpun melengkapkan program imunisasi mereka.

UTAMABERITAAMKJ kongsi maklumat bercanggah dengan DG Hisham berkaitan COVID-19

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium