UtamaBORNEOSABAHTidak Perlu Bawa Tuntutan...

Tidak Perlu Bawa Tuntutan Kedaulatan Sabah Ke ICJ – Pakar - pakdin.my

lahad atu mapsKUALA LUMPUR: Malaysia tidak perlu membawa isu hak Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana fakta sejarah dan bukan sejarah jelas menunjukkan ia sebuah negeri berdaulat dalam Malaysia, kata sejarawan Prof Emeritus Dr Ranjit Singh dari Universiti Utara Malaysia.

Beliau berhujah selain fakta sejarah, Kesultanan Sulu dan Filipina sebenarnya sudah hilang hak kedaulatan ke atas Sabah kepada Malaysia berdasarkan prinsip keberkesanan.

Walaupun pernah diperintah Kesultanan Sulu, Sabah atau sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara telah diletakkan di bawah pentadbiran British North Borneo Company pada 1878 dan kemudiannya Empayar British, sebelum diberikan kemerdekaan dan membentuk Persekutuan Malaysia bersama-sama Sarawak dan Tanah Melayu.

“Jika anda tidak berbuat apa-apa terhadapnya, tidak mentadbirnya, tidak meluluskan sebarang undang-undang (di kawasan itu), anda hilang hak itu,” katanya dalam wacana bertajuk “The Lahad Datu Imbroglio: The Sabah Claim and Beyond” di Universiti Malaya di sini, Jumaat.

Memberikan contoh kes Pulau Batu Puteh, katanya Malaysia hilang hak ke atas pulau itu kepada Singapura kerana walaupun merupakan pemegang hak, ia (Malaysia)tidak pernah mentadbir atau hadir secara fizikal di atas pulau itu.

Dilaporkan akhbar Filipina “Philippine Star” beberapa hari lepas melaporkan kerajaan Filipina tidak pernah melepaskan Sabah dan telah melantik sepasukan peguam untuk mengkaji tuntutannya ke atas Sabah.

Isu kedaulatan Sabah timbul kembali selepas pencerobohan kumpulan pengganas dari selatan Filipina yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu yang kini sudah tiada, di Lahad Datu dan Semporna, yang telah membawa kepada pertempuran berdarah antara pasukan keselamatan Malaysia dan anggota militan berkenaan.

Ranjit Singh, yang pakar dalam sejarah Sabah dan Sarawak, juga berkata isu itu tidak boleh dirundingi kerana kehendak penduduk Sabah perlu dihormati yang menerusi Suruhanjaya Cobbold pada 1962 telah memilih untuk membentuk Malaysia bersama-sama Sarawak dan Tanah Melayu.

Ranjit Singh turut menggesa Malaysia menghentikan bayaran penyerahan tahunan kepada waris kesultanan itu di masa depan dan menutup kes itu dengan mengadakan dasar tegas untuk melindungi kedaulatan Sabah. “Sebaik sahaja kita berunding, kita akan sekali lagi berkompromi mengenai kedaulatan kita,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...