29.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

3 anggota Geng 08 Vinod ditahan di Hulu Yam

geng-08

Polis menahan tiga daripada empat lelaki dipercayai anggota ‘Geng 08 Vinod’ selepas kereta dinaiki mereka terbabas apabila cuba melarikan diri dalam sekatan jalan raya di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), awal pagi ini.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 2.10 pagi ini, kereta dinaiki empat suspek berumur antara 20 dan 21 tahun itu melanggar kon sekatan jalan raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum melarikan diri.

Beliau berkata, dua anggota JPJ bertindak mengejar kereta suspek yang kemudian terbabas di Jalan Ulu Yam, Selayang.

“Sebaik sahaja terbabas, kesemua suspek melarikan diri ke dalam hutan berhampiran, namun tiga suspek berjaya ditahan dengan bantuan unit K9 (unit anjing pengesan),” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Abdul Rahim berkata, polis masih mencari seorang lagi suspek dipercayai masih bersembunyi di dalam hutan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki suspek dilaporkan hilang dan polis tidak menolak kemungkinan kesemua suspek terbabit dalam beberapa kes curi kereta, selain samun di sekitar kawasan Selayang dan Rawang.


Katanya, polis juga merampas dua bilah parang, satu pisau lipat dari kereta suspek.

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan