3 Beradik Dipercayai Dibunuh Bapa Sendiri Dekat Simpang Renggam - pakdin.my

3 adik beradik berusia 2, 3 dan 5 tahun mati dipercayai dibunuh bapa sendiri, berhampiran Ladang Alias, Mengkibol, dekat Renggam, Kluang Johor.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku lewat petang semalam, mangsa, 2 daripadanya perempuan lemas, selepas ditolak ke dalam kolam tadahan air.

Suspek, seorang pekerja ladang di sini, dikatakan berselisih faham dengan isterinya sebelum kejadian.

Polis dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menjalankan gerakan mencari dan menyelamat sejak kira-kira jam 11 malam tadi.

Ibu mangsa turut dipanggil ke ibu pejabat polis Daerah Kluang untuk membantu siasatan.

Suspek kini ditahan dan motif dia bertindak kejam sedang disiasat polis.

UTAMABERITA3 Beradik Dipercayai Dibunuh Bapa Sendiri Dekat Simpang Renggam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium