3 dikhuatiri lemas perahu dinaiki 15 orang terbalik di Sungai Golok #pakdin.my

ANGGOTA bomba dan polis melakukan pemantauan bagi mencari dan menyelamat tiga mangsa yang dikhuatiri lemas selepas perahu yang dinaiki kira-kira 15 orang terbalik di Sungai Golok, dekat Bukit Lata
ANGGOTA bomba dan polis melakukan pemantauan bagi mencari dan menyelamat tiga mangsa yang dikhuatiri lemas selepas perahu yang dinaiki kira-kira 15 orang terbalik di Sungai Golok, dekat Bukit Lata

KOTA BAHRU: Tiga individu, termasuk dua kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas perahu yang dinaiki kira-kira 15 orang terbalik di Sungai Golok, dekat Bukit Lata, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.55 petang itu, perahu yang dinaiki mereka sedang menghala ke Kampung Bukit Lata dari Pasar Munduk, Thailand sebelum terbalik.

Jurucakap Balai Bomba Rantau Panjang berkata, 12 individu berjaya diselamatkan orang ramai yang berada di kawasan berdekatan manakala tiga lagi masih belum ditemui.

Mangsa yang dikhuatiri lemas ialah Rosniawati Zakaria, 37, serta dua anaknya iaitu Wan Nurdina Malia Wan Azli, 10, dan Wan Nurhabib Naufal, 6

Berkaitan