3 lagi Adun dari PAN sertai PKR - pakdin.my

Sekurang-kurangnya tiga lagi ahli dewan undangan negeri (Adun) PAN dari Johor, disahkan menyertai PKR.

Penyertaan ke PKR – yang merupakan sekutu PAN dalam PH – membabitkan Adun Senggarang Khairuddin A Rahim; Adun Serom Faizul Amri Adnan; dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit.

Perkara itu disahkan oleh Khairudin dan dua sumber daripada PKR.

Ini pertukaran parti terbaru daripada PAN ke PKR, setelah tahun lepas, dua Adun PAN dari Selangor – Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar serta Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman – turut menyertai PKR.

UTAMAPOLITIK3 lagi Adun dari PAN sertai PKR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium