3 Penjenayah Ditahan Polis Di Desa Anggerik, Serendah (video) - pakdin.my

penjenyah-ditembak-serendah

Hulu Selangor – Niat tiga penjenayah untuk menyamun tidak kesampaian apabila ditahan selepas diburu polis di Desa Anggerik, Serendah, malam tadi.

Dua daripadanya, cedera ditembak oleh polis.

Kejadian berlaku selepas polis terserempak sebuah kenderaan mencurigakan di kawasan itu.

Ketika diarah berhenti, kenderaan yang dinaiki tiga suspek itu bagaimanapun memecut laju malah seorang anggota polis nyaris dilanggar.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Shukri Yaacob, tindakan agresif itu memaksa polis melepaskan beberapa das tembakan.

Dua daripada suspek cedera ditembak di bahu dan leher.

Semakan rekod polis, dua daripada suspek mempunyai enam hingga 18 rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis atas kes lari dari Ordinan Darurat.

Kenderaan jenis Saga BLM itu pula dilaporkan hilang di Kampung Baru Subang.

Ketiga-tiga suspek berusia 22 hingga 42 tahun disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

 

 

UTAMABERITA3 Penjenayah Ditahan Polis Di Desa Anggerik, Serendah (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium