3 Penjenayah Mati Berbalas Tembak Dengan Polis Selepas Menyamun Di Klang - pakdin.my

pejenayah-ditembak-mati-Lebuhraya-Duta-Hulu-Klang-1 pejenayah-ditembak-mati-Lebuhraya-Duta-Hulu-Klang-2 pejenayah-ditembak-mati-Lebuhraya-Duta-Hulu-Klang-3

Tiga lelaki disyaki anggota geng samun yang dipercayai baru empat jam merompak seorang wanita di Bayu Perdana, Klang Selatan, ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis, di sini semalam.

Kejadian berkenaan berlaku di Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuhraya Duta-Hulu Klang (DUKE), kira-kira jam 3 petang. Ketiga-tiga suspek yang dipercayai aktif melakukan jenayah samun dengan tumpuan di luar bank, berusia lingkungan 20-an dan 30-an.

Empat jam sebelum kejadian, kumpulan penjenayah terbabit dilapor menyamun wang tunai RM2,000 milik seorang wanita di Bayu Perdana. Mereka kemudian melarikan diri dengan menaiki dua kereta PROTON Wira dan sebuah motosikal.

 Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Rahim Jaafar, berkata mangsa yang baru masuk ke dalam keretanya sejurus keluar dari bank, dihalang dua PROTON Wira di bahagian depan dan belakang kenderaannya sebelum seorang penunggang motosikal berhenti, memecahkan cermin kereta wanita itu dan menyamunnya.

Polis jejaki suspek

“Pasukan khas polis yang ditubuhkan untuk memburu geng samun luar bank menerima maklumat, lalu terus menjejak dan mengekori dua PROTON Wira hitam dan sebuah motosikal yang disyaki. Ketika itu ada maklumat diterima, memaklumkan sebuah lagi PROTON Wira menunggu berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar,” katanya.

Bercakap kepada media di lokasi kejadian, Rahim berkata, PROTON Wira yang menunggu di plaza tol itu bagaimanapun memecut meninggalkan lokasi selepas menyedari dua PROTON Wira yang dinaiki suspek diekori kenderaan polis.
Berikutan itu, sebuah daripada PROTON Wira yang dinaiki kumpulan terbabit ditinggalkan berhampiran plaza tol berkenaan, tetapi sebuah lagi kereta dinaiki tiga suspek berjaya dikesan polis yang kemudian mengarahkan pemandunya berhenti, namun tidak diendahkan.

Suspek warga Indonesia

“Suspek sebaliknya keluar dari kenderaan lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan polis. Polis terpaksa membalas dan menembak mati ketiga-tiga suspek. Hasil pemeriksaan ke atas kereta berkenaan, polis menemui sebilah parang dan sepucuk pistol,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kenderaan yang digunakan penjenayah dalam kejadian samun di Bayu Perdana itu didaftarkan atas nama lelaki warga Indonesia. Tiga suspek yang ditembak mati juga warga Indonesia.

Setakat ini, katanya, polis belum mengenal pasti identiti mereka, tetapi percaya suspek ada kaitan dengan kes samun luar bank termasuk dua hari lalu yang menyebabkan seorang mangsa kerugian RM35,000 wang yang dikeluarkannya untuk majlis korban.

“Kita percaya mereka adalah penjenayah yang dikehendaki kerana aktif menyamun luar bank di sekitar Selangor.

“Polis masih menjejak saki baki geng itu yang dipercayai melarikan diri dengan sebuah kereta dan sebuah motosikal,” katanya.

 

UTAMABERITA3 Penjenayah Mati Berbalas Tembak Dengan Polis Selepas Menyamun Di Klang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium