3 Sekeluarga Maut Selepas Pulang Sambut Aidiladha - pakdin.my

3 Sekeluarga Maut Selepas Pualng Sambut AidiladhaJiman Bin Raup dan Nik Zaieyahaliza Binti Ya

Tiga sekeluarga yang dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas menyambut hari raya Aidiladha di Terengganu maut selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki.

Kejadian berlaku di Kilometer 49, Lebuhraya Karak, arah Bentong berhampiran Bukit Tinggi, Pahang.

Nahas berlaku kira-kira jam tujuh pagi tadi.

Siasatan awal polis mendapati, kereta yang dinaiki sepasang suami isteri dan anak mereka dikatakan hilang kawalan sebaik tiba di laluan ini.

Ia kemudian terbabas ke kanan jalan dan merempuh besi penghadang jalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Sebuah lori tangki gagal mengelak dan bertembung dengan kereta ini.

Rempuhan kuat menyebabkan ketiga-tiga mangsa tersepit di tempat duduk

Sepasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian berjaya mengeluarkan kesemua mangsa.

Mangsa Jiman Raub dan isterinya, Nik Zaieyahaliza Ya, 29 tahun.

Kedua-duanya anggota tentera.

Turut terkorban, anak mereka Nurul Damia yang berusia setahun lapan bulan.

Mayat dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

UTAMABERITA3 Sekeluarga Maut Selepas Pulang Sambut Aidiladha

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium