3 Terbunuh Bas Ekspress Terbabas Dekat Sedenak – Pemandu Bas Ekspres Dipercayai Terlelap #pakdin.my

bas-expres-rempuh-lori-kulai-jaya-4 bas-expres-rempuh-lori-kulai-jaya-3 bas-expres-rempuh-lori-kulai-jaya-2 bas-expres-rempuh-lori-kulai-jaya-1

Kulai Jaya – Tiga terbunuh manakala 12 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan melanggar belakang sebuah lori sarat dengan muatan kayu.

Nahas berlaku di kilometer 45.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sedenak Johor, jam 6:30 pagi tadi.

Treler terbabit dikatakan dipandu di laluan sebelah kanan apabila secara tiba-tiba dirempuh bas berkenaan.

Dipercayai bas ekspres ini gagal dikawal apabila pemandunya terlelap.

Kejadian itu menyebabkan bahagian depan bas remuk.

Mangsa yang maut, pemandu bas, Sashi Kumar Raman, 23 tahun, dan seorang penumpang warga Indonesia, Edi Sutiono, 41 tahun.

Edi mati di tempat kejadian dipercayai akibat tercucuk kayu.

Seorang lagi mangsa, A. Majid Sadar Mohd, 59 tahun meninggal dunia di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai Jaya.

Ketika kejadian, bas membawa 21 penumpang dalam perjalanan dari ibu negara ke Singapura.

Berkaitan