30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

30 Pelajar Melayu, Dua Pelajar Cina Di SJK (C) Choon Hwa

SJKC Choon Hwa

HULU LANGAT: Keyakinan ibu bapa bahawa sekolah Cina mampu memberikan keputusan yang lebih baik di samping kelebihan bahasa tambahan telah menjadikan SJK (C) Choon Hwa Batu 18 di sini berkembang.

Hanya dua daripada 32 orang murid di sekolah ini berbangsa Cina. Selebihnya adalah adalah pelajar Melayu dan Orang Asli.

Ibu bapa berbangsa Melayu di Kampung Batu 18 dan kampung-kampung berdekatan berkata sekolah Cina adalah lebih tegas dan boleh membantu anak-anak mereka mencapai keputusan akademik lebih baik.

“Selain itu, mereka percaya bahawa belajar bahasa Mandarin akan memberikan anak-anak mereka satu kelebihan dalam kehidupan,” kata Guru Besar Chin Bee Foon.

Seorang penyokong setia pendidikan Cina, Rodziah Lutan, 41, menghantar tiga anaknya ke sekolah itu dan juga sedang merancang untuk mendaftarkan anak bongsunya tahun depan di sekolah sama.

Katanya, mengenali rakan berbangsa Cina telah memberikan anaknya yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi di Kolej Komuniti Hulu Langat lebih banyak peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti kolej.

“Setiap kali kolej memerlukan seseorang untuk menterjemahkan bahasa Cina, mereka akan mencari anak sulung saya,” katanya.

Melihat kejayaan anaknya yang berusia 19 tahun itu, semua anak Rodziah kini mahu dihantar ke sekolah Cina.

Rodziah berkata beliau sedar bahawa terdapat telah gesaan untuk sekolah-sekolah Cina ditutup.

“Saya tidak mahu sekolah-sekolah Cina ditutup,” katanya.

“Saya bangga dengan anak-anak saya kerana mereka telah memperoleh bahasa tambahan.”

Penurunan jumlah pelajar di sekolah ini bermula pada tahun 1990-an apabila keluarga Cina berpindah ke Kampung Kenangan 18, sebuah penempatan kediaman baru yang lebih dekat dengan bandar Kuala Lumpur.

Ramai ibu bapa kemudian memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke SJK (C) Batu 14, sebuah sekolah Cina yang terletak hampir 10 kilometer dari Batu 18.

Walau bagaimanapun, mempunyai lebih ramai murid bukan Cina di sekolah ini telah menimbulkan beberapa cabaran.

Wong Chew Li, yang juga penolong kanan (pentadbiran) sejak lapan tahun lalu, berkata bilik darjah adalah satu-satunya platform untuk murid-murid belajar dan bertutur dalam bahasa Cina.

“Apabila mereka pulang ke rumah, mereka biasanya kembali kepada bahasa ibunda mereka,” katanya, sambil menambah ini membuatkan penguasaan terhadap bahasa ini menjadi lebih sukar.

Sebagai penyelesaian, kelas pemulihan diadakan selepas sekolah.

“Kami juga memastikan semua murid untuk mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita bagi meningkatkan kemahiran bahasa dan bertutur mereka,” katanya, sambil menambah ini tidak mungkin dapat dicapai di sekolah-sekolah yang lebih besar.

Chin berkata beliau kagum dengan sokongan ibu bapa, yang berkongsi makanan dengan kakitangan sekolah pada musim perayaan.

“Kanak-kanak juga berinteraksi dengan baik. Tidak ada jurang antara mereka. Mereka seperti bersaudara,” katanya.

Sebahagian daripada bekas pelajar memberitahu Chin bahawa mereka merindui saat-saat ketika mereka belajar di sekolah ini.

“Mereka memberitahu saya apa yang paling dirindui mereka adalah guru. Setiap murid dilayan seperti anak sendiri,” katanya.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...