30 termasuk 10 wanita ditahan terbabit pesta liar - pakdin.my

pesta-liar-pangsapuri-port-dickson

PORT DICKSON: Polis menahan 30 orang, termasuk 10 wanita yang dipercayai terbabit dalam pesta liar di sebuah pangsapuri, di Jalan Pantai di sini, pagi semalam.

Dalam serbuan jam 10 pagi itu, mereka yang berumur antara 17 hingga 42 tahun, termasuk lima pelajar sekolah menengah dan universiti, sedang menari dalam keadaan khayal, dipercayai akibat mengambil dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Zulkifli Adamsah, berkata polis turut menemui dua biji pil estacy, satu bekas ganja dan alat menghisap ganja serta lima buah pembesar suara dan dua buah lampu laser di pangsapuri empat bilik itu.

“Hasil pemeriksaan air kencing mendapati 24 orang daripada mereka positif menggunakan dadah,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala semua yang terbabit ditahan reman mulai hari ini hingga Khamis ini.

UTAMABERITA30 termasuk 10 wanita ditahan terbabit pesta liar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium