30 unit gerai di Masjid India musnah terbakar [Video] - pakdin.my

Lebih 30 peniaga berputih mata apabila gerai mereka musnah dalam kebakaran di hadapan Wisma Yakin, di Jalan Masjid India, dekat sini sebentar tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 1.35 pagi.

“Sebanyak 48 anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang terdiri daripada BBP Titiwangsa, Pudu, Sentul dan Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasi Kanan, L. Logeswaran, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.44 pagi, terdapat kira-kira 30 unit gerai sudah terbakar sepenuhnya.

“Kebakaran dapat dikawal kira-kira 20 minit kemudian dan berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 2.04 pagi.

“Kerja-kerja pemadaman ‘overhaul’ sedang dijalankan dan unit Siasatan Kebakaran telah berada dilokasi kejadian untuk menyiasat punca kebakaran tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

LIHAT video: https://youtu.be/-ckW7iC7hE0

UTAMABERITA30 unit gerai di Masjid India musnah terbakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium