300 ahli PKR Ampang keluar parti - pakdin.my

Ceramah Zuraida yang dihadiri oleh 6 orang sahaja
Ceramah Zuraida yang dihadiri oleh 6 orang sahaja

Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang yang tidak mahu lagi terus diperdaya dengan janji-janji kosong pembangkang mengisytiharkan keluar daripada parti itu malam tadi.

Berikutan pengumuman tersebut, kesemua bekas ahli parti pembangkang itu secara sukarela menghantar borang kemasukan menjadi ahli Barisan Nasional (BN) Ampang.

Daripada jumlah itu, 100 daripadanya merupakan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dan berikrar terus memberi sokongan kepada BN.

Bekas Ahli Jawatankuasa PKR Ampang yang juga wakil kepada 300 ahli BN DUN Lembah Jaya baharu itu, S. Premawathi berkata, mereka kecewa dengan Kerajaan PKR Selangor yang tidak melaksanakan manifesto 2008.

“Kami ditipu oleh PKR selama ini, mereka kata nak bantu kaum India untuk dapatkan rumah PPR tetapi sampai hari ini, mereka tidak bertanyakan langsung lagi mengenai perkara itu.

“Selain itu, golongan muda kaum India lima tahun lalu dijanjikan untuk diberi bantuan perniagaan kecil, tetapi tidak ada satu dana pun yang diwujudkan oleh Kerajaan PKR Selangor,” katanya selepas majlis pengumuman keluar parti di sini malam ini.

UTAMAPILIHAN RAYA300 ahli PKR Ampang keluar parti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium