Anwar Sodomy Penipu Tegar – Yuktes Vijay - pakdin.my

Yuktes VijayPendedahan yang dilakukan oleh bekas pembantu kepada pasukan peguambela Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay wajar dikongsikan untuk pengetahuan masyarakat khususnya kepada pencacai yang begitu menyanjungi Ketua Pembangkang itu. Ini kerana ia dapat membuka hati dan minda mereka yang ingin mencari kebenaran berhubung kes liwat yang membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Lebih menarik lagi semua pekung Anwar ini didedahkan oleh rakan-rakan seperjuangan yang mula meninggalkannya apabila telah mengetahui tembelang busuk Ketua Umum PKR ini. Malah Yuktes sendiri dengan lantang dan berani telah mencabar Anwar secara terbuka untuk menyamannya sambil menegaskan bahawa pemimpin ‘ANUgerah Tuhan’ itu sebagai penipu tegar.

Beliau pada 11 Mac yang lalu, melalui surat terbuka yang disiarkan melalui portal Free Malaysia Today (FMT) telah membangkitkan beberapa isu berhubung kes pendakwaan terhadap Anwar. Malah beliau turut mengesahkan memiliki beberapa dokumen penting berkaitan kes tersebut.

Antara persoalan yang dilontarkan ialah :

Anwar sentiasa mendakwa bahawa beliau tidak dibicarakan secara adil. Kebenaran sebenar adalah beliau tidak pernah mempunyai keberanian untuk memberi keterangan dari kandang saksi.

Ini kerana pada hakikatnya, beliau tidak akan mampu untuk menahan segala soalan yang akan dilontarkan oleh pihak pendakwaraya. Sekiranya pencacai pakatan pembangkang merasa sangsi, kenapa tidak cuba bertanyakan soalan-soalan berikut dan dapatkan jawapan sebenar, boleh diterima pakai dan tidak dipersoalkan logik jawapannya.

1) Kenapa Anwar secara peribadi dan spesifik meminta ‘Ketua Kakitangan’ beliau, Ibrahim Yaakob supaya menghantar Saiful ke pagsapuri tersebut bersama dokumen-dokumen padahal ada kakitangan lain yang boleh ke sana;

2) Bagaimana Saiful mengetahui kod untuk memasuki pangsapuri tersebut iaitu “Mokhtar,” nama ketua pegawai keselamatan dan juga adik ipar kepada Anwar?;

3) Keterangan video yang dihantar ke makmal Gandhi di New Delhi telah mengesahkan kehadiran Saiful di dalam pangsapuri tersebut, jadi kenapa kehadiran Saiful di pangsapuri itu dipertikaikan;

4) Kenapa Saiful diberikan keistimewaan; diberikan bilik khas, keistimewaan untuk mengiringi Anwar ke luar negara sedangkan beliau adalah seorang kakitangan baru;

5) Pembantu Anwar yang baru, Najwan Halimi sebelum ini pernah menghantar emel kepada Anwar dan memberitahu kecenderungan Saiful terhadap BN. Kenapa perkara ini tidak diendahkan oleh Anwar?

Kesimpulannya pasukan pembelaan ahli parlimen Pematang Pauh itu sedar bahawa Anwar tidak akan dapat menahan segala soalan yang akan dikemukan, maka, mereka membuat keputusan agar Anwar tidak perlu untuk memberi keterangan dari kandang saksi dengan memberi alasan bahawa beliau tidak akan diberikan perbicaraan yang adil.

Akhirnya, sekali lagi makhluk bernama Anwar Ibrahim ini berjaya memperdaya, menipu dan membohongi rakyat Malaysia dengan lagaknya yang tak ubah seperti Mandela. Namun pada hakikatnya dia bukannya Mandela, tetapi hanya seorang penipu, pembohong dan kaki putar belit yang bijak.

Tambah menarik perhatian apabila kolumnis FMT sendiri mendakwa bahawa Sodomy 3 mungkin tiada kena mengena dengan BN. Beliau secara tidak langsung ingin mengatakan bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya orang yang bertanggungjawab MELIWAT Saiful Bukhari.

Untuk mendapatkan gambaran dengan lebih jelas, sila rujuk pautan yang diberikan ini:-

The real story of Anwar’s Sodomy 2 (Part 1)

Prequel to the real story behind Sodomy 2

Sodomy 3: What if it’s an inside job?

UTAMABERITAAnwar Sodomy Penipu Tegar - Yuktes Vijay

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium