UtamaNASIONALPenduduk sedih, sebak lihat...

Penduduk sedih, sebak lihat rumah, kampung halaman musnah #LahadDatu - pakdin.my

op_daulat-bendera-malaysia

LAHAD DATU 26 Mac – Suasana sedih menyelubungi penduduk Kampung Tanduo di sini semasa diberi peluang melihat sendiri keadaan rumah dan kampung halaman mereka sejak meninggalkannya selepas diceroboh kumpulan pengganas Kiram 12 Februari lalu.

Surau di Kg Tanduo yang mula-mula sekali dilalui oleh lelaki bersenjata Sulu pada 12 Februari.
Surau di Kg Tanduo yang mula-mula sekali dilalui oleh lelaki bersenjata Sulu pada 12 Februari.

Awal pagi ini, seramai 20 orang penduduk kampung itu bersama Ketua Anak Negeri, Assaffal @ Samsul Kamal Panglima Alian dibawa meninjau keadaan rumah masing-masing.

Diiringi kawalan rapi pasukan keselamatan, kumpulan penduduk turut ditemani Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Bagi Ben Hamid Baharun, 48, tanpa disedari air matanya terus mengalir sebaik sahaja melihat rumah yang didiaminya selama ini musnah akibat perbuatan pengganas Kiram.

lahad-datu-kampung-tanjung-batu“Saya menangis apabila melihat rumah musnah terbakar dan segala kenangan suka duka di rumah ini sudah tiada lagi,” katanya yang merupakan orang pertama keluar dari kampung itu ketika ditemui di penempatan sementara Dewan Embara Budi di sini hari ini.

Sementara itu, Siti Madina Baharun, 33, berkata, selain rumahnya yang mengalami kemusnahan, barangan di kedai miliknya juga habis disamun kumpulan pengganas tersebut.

opsdaulat-penduduk-kg-tanduo-lawat
Ketua keluarga penduduk Kampung Tanduo menaiki trak untuk pulang ke kampung mereka pada Selasa bagi melihat keadaan rumah dan harta benda.

“Biarpun rumah saya tidak mengalami kerosakan teruk, barangan berharga lain seperti televisyen dan set penjana elektrik serta barangan di kedai runcit habis licin,” katanya.

Bagi Sahirah Abu Samma, 33, dia begitu terkejut apabila melihat kawasan kampungnya yang mengalami banyak kerosakan.

Ibu kepada lima orang anak itu berkata, sejak meninggalkan rumahnya pada 4 Mac lalu dengan menumpang kenderaan jiran, hari ini merupakan detik bersejarah buatnya untuk melihat kembali rumahnya.

“Syukur kerana rumah tidak mengalami banyak kerosakan, tetapi barangan seperti enjin bot, tilam, katil dan barangan makanan sudah tiada lagi,” katanya.

____________________

Rumah Di Kampung Tanduo Musnah, Hancur – Penduduk

Rata-rata rumah di Kampung Tanduo hancur dan musnah selepas pengganas dari selatan Filipina menceroboh dan menawan kawasan yang dijadikan lokasi pertempuran dengan pasukan keselamatan itu sejak hampir sebulan kini.

Ada rumah yang mempunyai kesan tembakan dan pertempuran selain ada yang hanya tinggal tiang, atap atau serba serbi tidak lengkap.

Barang-barang keperluan, harta dan juga dokumen peribadi yang ditinggalkan di dalam rumah juga hilang atau dicuri.

Inilah gambaran yang diberikan dan diceritakan penduduk kepada Bernama selepas 20 ketua keluarga Kampung Tanduo dibawa masuk melawat rumah dan harta benda mereka pagi Selasa.

Pasukan keselamatan pada Selasa membenarkan mereka bersama-sama Pegawai Daerah dan Majlis Keselamatan Negara masuk ke kampung itu buat pertama kali sejak ia dijadikan lokasi pertempuran.

Sewaktu pengganas Sulu mula menceroboh kampung mereka Februari lalu, penduduk berkata mereka melarikan diri sehelai sepinggang kerana bimbang keselamatan dan nyawa terancam.

Asaad Majijil, 70, berkata rumahnya hancur dan dokumen peribadi keluarganya hilang.

“Saya tinggal di sini sejak 50 tahun lepas tapi ini pertama kali kejadian seumpama ini berlaku.

“Ia sangat dahsyat dan menakutkan apabila melihat keadaan rumah saya dan sekitarnya tadi. Memang teruk,” katanya yang masih terkejut.

Jirannya, Apollo Hajirun, 42, berkata dua rumahnya hancur termasuk sebuah rumah yang hanya tinggal dinding dan mempunyai kesan tembakan.

Katanya pelbagai harta termasuk keretanya hilang selain barang keperluan turut lesap. Beliau yakin pengganas Sulu itu bertindak sedemikian kerana terdesak hingga mencuri makanan di dalam rumahnya.

Seorang lagi penduduk, Atareh Sabtal, 39, berkata penduduk berharap kerajaan memberi pampasan atau membuat perumahan rakyat kepada mereka.

“Saya tidak mahu tinggal di sini lagi jika tiada pasukan keselamatan menjaga kawasan ini.

“Saya juga tidak mahu tinggal dalam komuniti yang mempunyai musuh dalam selimut, jadi perlu ada sistem perumahan yang teratur,” katanya.

Pasukan keselamatan mula memasuki Kampung Tanduo kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa dengan kereta perisai polis Zabri mengetuai konvoi hampir 20 buah pelbagai kenderaan itu termasuk aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beberapa wakil media turut mengikuti konvoi itu secara haram dan mendapati perjalanan dari papan tanda “Ke Kampung Tanduo” hingga ke lokasi mengambil masa kira-kira sejam melalui kawasan ladang kelapa sawit yang tebal dan sedikit berpaya.

Turut kelihatan pekerja ladang yang dibenarkan mula bekerja pada hari ini untuk mengutip hasil kelapa sawit selepas operasi ditutup ekoran insiden pencerobohan pengganas itu.

Beberapa pusat kawalan ATM ditemui ketika perjalanan dengan suasana tenang dan sunyi sebelum konvoi tiba di kampung berkenaan.

Pasukan keselamatan yang menyedari kelibat media kemudian mengarahkan mereka pulang dan rombongan penduduk itu pula pulang ke kawasan pemindahan kira-kira pukul 1 petang.

Dilaporkan, pada 9 Februari lepas, pengganas Sulu memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.

Pada 12 Februari, penduduk kampung dan nelayan melihat kumpulan pengganas itu lengkap berpakaian ala tentera dan bersenjata berkumpul di kampung mereka sebelum membuat laporan polis.

Pada 1 Mac, anggota keselamatan diserang pengganas Sulu di Kampung Tanduo yang menyaksikan dua anggota komando polis terkorban, tiga cedera dan 12 pengganas Sulu terbunuh dalam pertempuran setengah jam itu.

Gambar hakmilik PDRM Klik sini untuk Facebook PDRM
Gambar hakmilik PDRM
Klik sini untuk Facebook PDRM

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...