PAS Dahului Pakatan Pembangkang Umum Calon Di Sabah

pas-sabah-umum-calon-tawauTAWAU  — PAS nampaknya enggan menunggu keputusan pemimpin pakatan rakyat dalam menamakan calon yang akan bertanding di Sabah pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Ketika Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim belum memuktamadkan senarai calon parti itu di Sabah berikutan pertindihan permintaan untuk beberapa kerusi tertentu di kalangan pakatan pembangkang, PAS hari ini mengumumkan akan bertanding di dua kawasan parlimen dan sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu mempertaruhkan bekas Pesuruhjaya PAS negeri Hamzah Abdullah di Parlimen Batu Sapi manakala Ketua Pemuda Kalabakan Usman Madeali bagi Parlimen Kalabakan.

Beliau mengumumkan nama-nama calon parti itu di Sabah selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa calon di Pejabat Perhubungan PAS di sini.

Anwar pada sidang akhbarnya di Kota Kinabalu semalam berkata: “Keputusan mengenai pemilihan calon diputuskan oleh pemimpin-pemimpin parti pakatan pembangkang di negeri ini”.

Pakatan pembangkang di negeri ini dianggotai PKR, DAP, PAS dan dua pertubuhan bukan kerajaan iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Wilfred Bumburing dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang diterajui Datuk Seri Lajim Ukin.

Pada pilihan raya lepas, PAS tidak meletakkan calon bagi kerusi Parlimen, manakala dua calon yang diturunkan untuk kerusi DUN iaitu Sukau dan Merotai tewas.

Abdul Hadi berkata PAS akan meletakkan dua calon wanita untuk kerusi DUN iaitu Danseh [email protected] (Pitas) dan Fatmawati Mohd Yusuf (Tanjung Batu) manakala tujuh lagi ialah calon lelaki iaitu Awang Laiman [email protected] Abang (Tampasuk), Hamid Ismail (Tanjung Aru), Ahdah Sulaiman (Sukau), Kasman Karate (Kunak), Hasai Tudai (Bugaya), Ahmad Dullah (Merotai) dan Daud Jalaluddin (Sebatik).

Sementara itu, Lajim pada sidang akhbar di sini hari ini berkata PPS diperuntukkan sekurang-kurangnya empat kawasan Parlimen dan 14 kerusi DUN, dan calon parti itu akan bertanding atas tiket PKR.

“Bagaimanapun, kemungkinan dua daripada calon dari PPS akan menggunakan lambang PAS iaitu mungkin di Bugaya dan Sukau,” kata Lajim sambil membayangkan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Beaufort dan DUN Klias.

Lajim berkata senarai penuh calon Parlimen akan diumum oleh Anwar manakala calon-calon DUN khususnya PKR akan diumum selewat-lewatnya Selasa.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...