Dr Yusri : Rakaman Video Tetap Ada Nilai Dalam Islam - pakdin.my

Dr Yusri Mohamad
Dr Yusri Mohamad

Presiden Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI) Dr Yusri Mohamad berkata walaupun rakaman video tidak boleh dijadikan bukti untuk mensabitkan jenayah hudud zina, namun video tersebut tetap boleh diterima sebagai bukti dalam Islam walaupun pada tahap yang lebih rendah.

“Rakaman video tidak boleh jadi bukti untuk mensabitkan jenayah hudud zina tetapi video (itu) tetap (boleh) diterima sebagai bukti untuk membuktikan suatu tahap yang lebih rendah seperti takzir atau lebih rendah lagi kelayakan seseorang dipilih untuk sesuatu amanah,” katanya dalam laman sosial peribadinya, facebook.com/yusri.mohamad

Dr Yusri Mohamad yang juga bekas Pengerusi Yayasan Sofa berkata demikian ketika mengulas artikel dari laman mykhilafah.com bertajuk ” Bolehkah Rakaman Video Dijadikan Bukti Kes Zina ?

Menurut jawapan dari mykhilafah.com itu meskipun kaedah Islam meletakkan tiga jenis pembuktian (al-bayyinat) iaitu pertama, pengakuan (al-iqrar); kedua, kesaksian (asy-syahadah – 4 saksi) dan ketiga hamilnya seseorang wanita yang tidak bersuami untuk mensabitkan jenayah hudud zina, namun rakaman video tetap mempunyai nilai dan boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan pengakuan (al-iqrar) daripada tertuduh pelaku zina.

Pakar teknologi maklumat, kata mykhilafah.com, termasuk pakar-pakar bidang yang lain yang relevan dapat menggunakan video tersebut untuk melakukan pemeriksaan balas (cross examination) terhadap si tertuduh pelaku zina dalam video tersebut.

Setiap jawapan penafian akan diuji dengan soalan balas, lalu dibandingkan dengan jawapan-jawapan yang lain, sehingga tidak ada satu ruang pun bagi tertuduh untuk melakukan pembohongan. Dengan demikian, diharapkan agar tertuduh akhirnya akan mengakui perbuatannya.

Jawapan mykhilafah.com itu turut memetik hadis sahih yang menyatakan bahawa pernah suatu ketika Rasulullah SAW meyakini seorang perempuan telah berzina. Tetapi beliau tidak menjatuhkan hukuman disebabkan tiada bukti.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda, “Jika sekiranya aku dibolehkan untuk merejam seseorang itu tanpa bukti, sudah pasti aku merejam si Fulanah itu, kerana dapat dilihat gelagat zina daripada cara percakapannya, gerak geri tubuhnya dan orang yang pernah menggaulinya.” (HR Ibnu Majah, no 2559) (Imam Syaukani, Nailul Authar, Beirut : Dar Ibn Hazm, hal. 1471, hadis sahih). (Abdurrahman al-Maliki, Nizham al-‘Uqubat, hal.19; Ahmad Ad-Da’ur, Ahkamul Bayyinat, hal. 26).

“Ada beberapa hujah dan dalil yang perlu diambil kira dalam artikel ini. Lihat bagaimana dalam hadis yang dipetik, “kata Dr Yusri yang juga bekas Presiden ABIM.

“Walaupun Rasulullah SAW tidak merejam perempuan itu tetapi tetap Baginda menilai peribadi perempuan itu.

“Itulah realiti kita hari ini. Kita bukannya nak merejam mahupun menyebat malah takzir pun tidak. Tapi kita mahu nilai layak atau tidak orang-orang ini. Jadi bukan qazaf,”katanya lagi.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMADr Yusri : Rakaman Video Tetap Ada Nilai Dalam Islam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium