Abdul Ghani Anak Jantan Pertahankan Johor Ditembusi DAP - pakdin.my

ghani-ge13-malaysia-general-election

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman anak jantan sanggup meninggalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom, kerusi yang dimenanginya dan bertanding di Parlimen Gelang Patah yang majoriti pengundinya berbangsa Cina.

Sebagai ketua kerajaan negeri yang bertanggungjawab, Abdul Ghani sendiri yang membuat pilihan bertanding di parlimen itu setelah mendapat tahu Penasihat DAP. Lim Kit Siang mahu membina tapak di Johor dengan bertanding di Gelang Patah.

“Saya bertanding di Gelang Patah bagi memenuhi amanah memenangkan Barisan Nasional (BN), bukan bertujuan menguburkan kerjaya politik sesiapa.

“Saya dengan rendah hati menawarkan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat Gelang Patah berbekalkan pengalaman selama 18 tahun di Johor,” katanya selepas majlis pelancaran manifesto dan pengumuman calon BN Johor, semalam.

Beliau juga meminta seluruh kepemimpinan dan ahli komponen BN Johor merapatkan barisan dan menunjukkan kesetiaan demi memastikan kemenangan besar parti.

“Penting bagi ahli parti kekal setia walaupun siapa juga dicalonkan bertanding pada PRU-13 ini. Saya yakin ahli komponen BN tidak tergamak memperjudikan masa depan Johor dengan memberi peluang kepada pembangkang hanya kerana tidak dicalonkan.

“Inilah masanya, ahli parti menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti dan berganding bahu memastikan kemenangan BN,” katanya.

Ramalan Abdul Ghani bahawa kerusi Parlimen Gelang Patah menjadi tumpuan ramai ternyata benar, apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlekehkan kemampuannya.

Anwar dilaporkan Antarapos menyifatkan Abdul Ghani sebagai pemimpin di penghujung jangka hayat politik dan tidak mampu memberi saingan kepada Lim Kit Siang di Gelang Patah.

Kata-kata Anwar itu membayangkan seolah-olah karier politiknya dan Kit Siang masih terlalu panjang sedangkan usia penasihat DAP sudah mencecah 72 tahun dan Ketua Pembangkang sendiri sudah mencecah 66 tahun.

“Saya tak rasakan kehadiran Ghani itu (menggugat) kerana Ghani itu dianggap sudah di akhir peringkat khidmatnya dalam politik.

“Maknanya dia negeri Johor pun dia tak boleh pimpin,” kata Anwar memperlekehkan Abdul Ghani yang telah berjaya menjadi Menteri Besar Johor selama 18 tahun.

Pengumuman nama Kit Siang bertanding di Gelang Patah disebut sendiri oleh Anwar dalam majlis sambutan ulangtahun DAP ke-47 di Johor baru-baru ini.

Anwar sendiri sanggup mengorbankan orang kanannya, Datuk Chua Jui Ming, Pengerusi PKR Johor yang juga berminat bertanding di parlimen tersebut.

Sebaliknya, Anwar yang sebelum ini menwar-warkan bakal bertanding di Perak melalui pelan ‘Ubah Pakatan Ke Putrajaya’ telah mengubah pendiriannya saat-saat akhir dengan mengambil keputusan kembali semula bertanding di kubu sendiri, Parlimen Permatang Pauh.

Akhbar Sinchew Daily News, 9 April melaporkan Kit Siang berang dengan sikap flip flop Ketua Umum PKR itu.

Baca selanjutnya sila klik di sini

Lim Kit Siang: Saya Mahu Pecahkan Kubu UMNO

Razali : Perancangan Strategik DAP Tawan Putrajaya

Razali : Perancangan Strategik DAP Tawan Putrajaya II

UTAMAPOLITIKAbdul Ghani Anak Jantan Pertahankan Johor Ditembusi DAP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium