Imam Madinah Kata BN Betul

Imam-madinah

Imam Masjid Al-Nabawi, Madinah iaitu Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair dilaporkan menyatakan kekagumannya dengan usaha kerajaan Malaysia dalam mendaulatkan Islam.    Syeikh Solah menyatakan sedemikian dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju semalam.

Menurut Syeikh Solah, BN telah berjaya meningkat dan mengembangkang syiar Islam serta berjaya mengimarahkan masjid dalam usaha mendekatkan umat Islam dengan amalan saleh.

Kenyataan tersebut sekali gus merupakan satu pengiktirafan ke atas peranan BN dalam memikul tanggungjawab sebagai kerajaan di sebuah Negara Islam.

Jangan nanti ada pula puak PAS yang menghukum Syeikh Solah sebagai sesat kerana memuji kerajaan Malaysia.  Dan jangan pula puak PAS menuduh beliau tidak faham politik kerana memang patut pun beliau tidak faham politik, sepertimana seorang Ulama yang sebenar.

Hakikatnya, Syeikh Solah bukan satu-satunya Ulama tersohor yang mengiktiraf kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan negara Islam yang baik, tetapi hampir kesemua ulama-ulama tersohor dunia memandang tinggi terhadap Malaysia.

Tiada siapa yang mampu menafikan bahawa tidak ada negara Islam yang mampu berdiri teguh, aman dan makmur walaupun bermasyarakat majmuk seperti Malaysia.  Islam mementingkan kesederhanaan dan tidak salah jika dikatakan bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang benar-benar menghayati konsep kesederhanaan dalam Islam.  Malaysia berpegang kepada asas yang padu namun terbuka tetapi di masa yang sama, tidak mungkin bertoleransi dengan sebarang amalan songsang yang bertentangan dengan Islam.

Kesederhanaan inilah yang membawa Malaysia ke tahapnya hari ini.  Di kala negara Islam lain masih ragu-ragu untuk mengamalkan ajaran Islam yang meletakkan wanita di tempat yang sama dengan lelaki dalam pendidikan dan pekerjaan, Malaysia tidak pernah meraguinya.  Di kala negara Islam lain masih bergelut dengan soal keturunan, mazhab, puak dan sebagainya, Malaysia menumpukan sepenuh perhatian kepada ilmu dan ekonomi ummah.

Walaupun masih tidak sempurna dan masih banyak yang perlu dipertingkatkan dalam usaha melahirkan ummah yang mampu menepati tanggungjawab sebagai Khalifah di bumi, namun sekurang-kurangnya Malaysia telah berada di landasan yang pasti.

Malaysia tidak keliru antara adat dan agama dan Malaysia tidak terpedaya bahawa yang ekstrem itu adalah lebih baik.  Di bawah Barisan Nasional, InsyaAllah, kedudukan Islam di Malaysia akan terus utuh di bawah naungan Raja-raja Melayu.

Yang mungkin menjadi masalah ialah kedudukan umat Islam yang sering dikelirukan oleh berbagai kelompok manusia yang menyamar menjadi Ulama mahupun pejuang kebebasan dan hak asasi manusia.

Malangnya, selain memahatkan perlembagaan dan undang-undang bagi memelihara agama dan akidah umat Islam, menyediakan platform dan prasarana bagi pembangunan Islam serta memberi segala macam peluang, bantuan dan ruang untuk menegak dan mengembangkan Islam, kerajaan tidak mampu mengetuk setiap satu rumah keluarga muslim di Malaysia untuk memelihara iman mereka.

Ini kerana, pembentukan peribadi murni dan kekuatan iman adalah tanggungjawab keluarga masing-masing, termasuk guru-guru agama yang mempunyai akses langsung kepada masyarakat.

Syeikh Solah secara tidak langsung telah mengakui hakikat ini apabila beliau mengiktiraf pencapaian Malaysia dari segi Islam.  Maka, kata-kata beliau sewajarnya sudah cukup untuk menyatu-padukan kembali ummah yang telah terpecah.

Oleh itu, yakinlah bahawa kerajaan berada di landasan yang betul.  Walaupun mungkin ada kepincangan di sana sini, namun destinasinya adalah tepat dan pasti.  Justeru, perlu apa kita mengubah haluan yang mana arahnya juga belum pasti hatta landasan juga belum lagi dibina?

Ayuh kukuhkan landasan yang ada dan bergerak bersama kerajaan ke arah sebuah negara Islam bermasyarakat majmuk yang terus aman makmur dan sejahtera!

Facebook Comments

BERKAITAN

Array

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...