PKR Sabah Hampir Lumpuh, 4 Ketua Cabang Keluar Parti

4-ketua-cabang-pkr-sabah-keluar

PKR Sabah hampir lumpuh lapor Agendadaily apabila empat ketua cabang mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO iaitu ketua cabang Sandakan, Mazhary Nasir, Saidil Simoi (Kota Belud), Irianshah Yunus (Kalabakan) dan Abdul Zainal Atin serta timbalannya, Zainuddin Hassan (Putatan).

Mereka menyerahkan borang penyertaan kepada Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Yahya Hussin.

Mazhary yang mengetuai kumpulan itu berkata, beliau dan rakan-rakannya meninggalkan PKR kerana mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan secara bersendirian apabila semuanya dikawal sepenuhnya oleh PKR pusat dan Anwar Ibrahim.

“Datuk Seri Anwar bukan apa-apa selain seorang pemidato hebat yang boleh buat sesiapa sahaja percaya kepada cakap-cakapnya,” jelas beliau di Kota Kinabalu hari ini.

Mazhary dan Saidil merupakan dua tokoh dari kumpulan ‘geng 7‘ yang diketuai oleh bekas pengerusi PKR Sabah, Ansari Abdullah.  

Sebelum ini Ansari menuntut kepada PKR Pusat agar membenarkan sekurang-kurangnya 7 kerusi parlimen ditandingi oleh kumpulan mereka, iaitu beliau sendiri, selaku Ketua Cabang Tuaran bertanding di Tuaran dan Anthony Mandiau, Ketua Cabang Kota Marudu bertanding di kawasan parlimen tersebut.

Lima lagi tokoh penting PKR yang dinamakan Ansari adalah Dr Chong Eng Leong (Sepangar), Mazhry Nasir (Putatan), Mursalim Tanjul (Kudat), Saidil Semoi (Kota Belud) dan Jonathan Yassin (Ranau).

Daripada 7 yang dituntut, hanya satu yang diluluskan iaitu Jonathan di Parlimen Ranau. Jonathan adalah adik ipar Ansari, ketua bahagian PKR Ranau, yang lebih dikenali sebagai tangan hitam di sebalik isu Anwar menerima gelaran kontroversi ‘Huguan Siou’.

“Majoriti ketua-ketua cabang PKR Sabah terkilan dengan keputusan ini, parti gagal menunjukkan keikhlasan, gagal mempraktikkan autonominya kepada Sabah iaitu memberikan kuasa kepada cabang memilih calon sesuai.  

“Semua ketua-ketua cabang kena menjelaskan situasi ini kepada cabang masing-masing. Saya pun kena balik Tuaran dan berjumpa cabang saya. Esok, kita akan membuat kenyataan susulan,” katanya dilaporkan Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, tambah Ansari, penggunaan lambang PKR oleh calon Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang tidak berdaftar sebagai parti politik merupakan pengkhianatan kepada ahli PKR.

“Sekiranya saya adalah Presiden parti, saya tidak akan membenarkannya kepada bukan ahli. Semasa saya menjadi Ketua PKR Sabah, saya minta calon Pas, Awang Leman mengisi borang PKR dahulu sebelum boleh gunakan logo parti, beliau akur.

“Jadi, semua ini berbalik kepada prinsip, disiplin dan peraturan parti,” ujarnya. Ansari turut merestui anaknya, Erveana Ansari, Ketua Angkatan Muda Keadilan Tuaran, bertanding sebagai calon Bebas menentang calon PKR, Datuk Seri Wilfred Bumburing; BN, Datuk Madius Tangau dan STAR, Samin @ Jasmin Dulin.

Di samping itu, Ansari turut membayangkan beliau kemungkinan meninggalkan PKR dan menubuhkan parti lain selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...