UtamaPOLITIKMat Taib Setaraf Bob...

Mat Taib Setaraf Bob Lokman dan Abby Abadi? - pakdin.my

muhammad muhd taib

Rasanya tidak perlulah kita korek dan ulang lagi siapa Mat Taib atau Muhammad Muhammad Taib atau nama ‘glamournya’, Mike Tyson. Beliaulah bekas Menteri Besar Selangor yang terkantoi bawa wang sebanyak RM3.8 juta ke Australia. Memandangkan UMNO bukanlah seperti PAS yang sentiasa memejamkan mata mengenai kesalahan pemimpin mereka, maka pada April 1997, Mat Taib telah diarahkan meletakkan jawatannya.

Sebelum kejadian tersebut, Mat Taib telah lama memeningkan kepala UMNO kerana berkahwin lari di Thailand dengan Tengku Puteri Zaharia iaitu puteri kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Justeru, perletakan jawatan beliau atas kes itu sebenarnya merupakan satu ‘kelegaan’ buat UMNO.

Walaubagaimanapun, beliau kembali mengganggu UMNO pada 2006 apabila Tun Abdullah Badawi, melantik Mat Taib ke Dewan Negara. Perlantikan itu bagaimanapun hanya sekejap sahaja kerana sejurus selepas Dato’ Seri Najib mengambil-alih tampuk pemerintahan, khidmat Mat Taib di Dewan Negara pun ditamatkan.

Apa yang berlaku membuktikan betapa kepimpinan benar-benar ingin membersihkan parti ini dari mereka-mereka yang bermasalah dan tidak mampu berkhidmat dengan baik. Dalam kata lain, mereka yang tidak mampu menyumbang dan sebaliknya hanya menambahkan masalah kepada parti.

Hari ini, terbuktilah bahawa sikap ‘dingin’ UMNO terhadap Mat Taib selama ini adalah berasas.

Mat Taib jelas tidak layak duduk di dalam parti keramat ini apabila bertindak keluar parti dan menyertai PAS hanya kerana menantunya, Ahmad Affandi Hamzah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya telah tidak tercalon di DUN Seri Setia.

Ini menunjukkan yang Mat Taib sebenarnya masih tidak dapat menerima ‘kejatuhannya’ serta masih mengharapkan ‘pujukan’ dari kepimpinan dengan cara ‘memberi muka’ kepada kaum kerabatnya. Mat Taib lupa bahawa pilihanraya bukanlah soal dirinya, tetapi soal agama, bangsa dan negara.

Sebagai ahli politik, tentulah Mat Taib tidak mengaku bahawa keputusan masuk PAS itu adalah kerana menantunya tidak tercalon. Sebaliknya, Mat Taib memberi alasan bahawa pengacara TV di Malaysia ada yang tidak bertudung sekali gus menunjukkan yang kepimpinan tidak cukup Islam. Oleh itu, beliau memilih PAS kerana PAS menekankan soal tudung maka PAS lebih Islam dari UMNO.

Pesan kita, tidak usahlah Mat Taib memberi alasan ‘agama’ apabila memilih untuk menyertai PAS kerana parti PAS itulah yang melacurkan agama Islam di negara ini sehinggakan segala yang haram dihalalkan, segala yang halal diharamkan, bukti yang nyata dinafikan, segala yang salah ditutup asalkan memberi keuntungan politik kepada parti mereka.

Kita telah pun menerima hakikat bahawa Mat Taib bukanlah seorang yang hebat sangat, tetapi sungguh kita tak sangka yang beliau rupanya hanya setaraf Bob Lokman atau Abby Abadi yang menyangka PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

Apakah bagi Mat Taib, setelah para wanita bertudung, maka segala maksiat, skandal dan salahlaku sesiapa sahaja termasuk pemimpin akan automatik menjadi halal? Tetapi kenapa Mustafa Ali memilih wanita tidak bertudung sebagai ‘teman seperjuangan’ di atas katil? Mungkinkah sekiranya wanita itu bertudung maka automatik penzinaan mereka menjadi halal? Atau ia sememangnya halal kerana yang melakukannya adalah pemimpin PAS?

Apapun, terpulanglah kepada Mat Taib untuk menjustifikasikan kepada dirinya sendiri berkenaan pemergiannya ke PAS.

Untuk pengetahuan Mat Taib, ia adalah satu pemergian yang diraikan, sama seperti pemergian Kadir Sheikh Fadzir juga yang terkenal korup dan kotor, dan walaupun rajin turun padang tetapi tidak pernah menunaikan janji.

Orang begini tidak layak berada di dalam UMNO, mereka hanya layak dibakulsampahkan ke dalam PAS atau PKR atau DAP sahaja. Jutaan terima kasih kita kepada Mat Taib kerana meninggalkan UMNO.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah...

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan...