UtamaPOLITIKPILIHAN RAYADr. Rozaidah Berpeluang Cerah...

Dr. Rozaidah Berpeluang Cerah Tumbangkan Zuraidah - pakdin.my

Ceramah Zuraida yang dihadiri oleh 6 orang sahaja
Ceramah Zuraida yang dihadiri oleh 6 orang sahaja

Parlimen Ampang, bakal menyaksikan pertembungan dua wanita, iaitu Dr. Rozaidah Talib (BN) dengan Zuraida Kamaruddin (PKR). Sekali pandang, dari segi mata kasar, Dr. Rozaidah dengan Zuraidah umpama langit dengan bumi jika dinilai dari segi gaya dan karisma.

Dr. Rozaidah sebelum ini pernah memenangi kerusi Ampang dalam PRU 2004, namun telah digugurkan dalam PRU 2008 akibat krisis yang melanda rumahtangganya yang kemudiannya bertukar menjadi fitnah.

Fitnah tersebut terjadi apabila suaminya yang berang telah menjejakinya ke hotel, di mana beliau melarikan diri untuk bertenang seorang diri sementara menunggu suaminya turut bertenang akibat perselisihan faham. Oleh kerana beliau enggan membuka pintu kerana takut dengan amukan suaminya, maka suaminya telah bertindak membuat laporan polis sambil membayangkan ‘kemungkinan’ beliau berduaan dengan lelaki lain.

Namun, ternyata beliau tidak pernah berkelakuan sumbang sepertimana segelintir isteri orang PAS yang gemar berduaan dengan pemimpin yang juga merupakan rakan suami mereka.

Oleh itu, setelah fitnah tersebut terjawab dan namanya dibersihkan, BN tidak ragu-ragu untuk mencalonkan beliau kembali di kerusi Ampang kerana khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat kawasannya sudah terbukti. Bagi meyakinkan masyarakat akan kebenaran di pihaknya, Dr. Rozaidah telah pun bersumpah tanpa dipaksa atau didesak, tetapi dengan yakin, tegas dan rela bahawa beliau tidak pernah melakukan apa yang dituduh ke atasnya itu.

Ketegasan dan keberanian Dr. Rozaidah bersemuka dengan masalah silamnya menyebabkan lawannya, Zuraidah mati kutu.

Zuraidah diketahui sebagai bukanlah seorang ahli parlimen yang berkesan. Satu-satunya perkara yang menyebabkan Zuraidah dikenali ramai ialah kerana kelantangannya membela Azmin Ali. Sejak awal memegang jawatan lagi, Zuraidah telah pun memasang kaki di MPAJ. Re-zoning kontrak pembersihan dilakukan bagi mengaburi mata ramai kononnya ia memberi peluang kepada lebih ramai kontraktor tetapi hakikatnya, semuanya adalah proksi Zuraidah dan Azmin.

Jika rakyat terhutang budi kepada Dr. Rozaida sebagai seorang doktor yang berjaya dan sebagai wakil mereka suatu ketika dahulu, Zuraida pula sebaliknya terhutang budi kepada rakyat yang memilihnya.

Ini berdasarkan latarbelakang Zuraida yang merupakan seorang penjual buah dan ubat-ubatan tradisional yang hanya mampu memakai kenderaan Myvi sebelum menjadi Ahli Parlimen, tetapi sejurus menang PRU 2008, iaitu pada 1 July 2008 beliau telah berjaya memiliki sebuah Volvo XC90 WRL575.

Tidak cukup dengan itu, pada 31 Mei 2010 pula, Zuraidah membeli Toyota Hilux Double Cab WTY1547, pada 3 November 2011, sebuah lagi Totoya Hilux Double Cab WNA276 dan pada 24 Mei 2012, sebuah Mercedez Benz E240 BLR9680.

Tidak tahu untuk apa dan kenapa Zuraida memerlukan begitu banyak kenderaan, mungkin untuk kegunaan anak-anak atau keluarganya. Namun, itu bukanlah masalah rakyat.

Masalah rakyat ialah, berapa banyakkah pendapatan seorang wakil rakyat untuk membolehkan beliau membeli beberapa buah kenderaan mewah dalam jangka masa 4 tahun sahaja sedangkan beliau hanyalah seorang peniaga kecil-kecilan sahaja sebelumnya? Beliau juga bukannya datang dari keluarga yang kaya raya.

Oleh itu, salahkah jika rakyat mengesyaki Zuraida sebagai korup? Tidak boleh tidak, perkara ini tetap difikirkan oleh rakyat Ampang dalam membuat pilihan mengenai wakil mereka.

Dengan semua kemewahan ini, kita tidak dapat menafikan bahawa Zuraida adalah wanita yang ‘berjaya’ walaupun beliau bukan seorang wakil rakyat yang baik dan berkesan di kawasannya.

Justeru, ‘kejayaannya’ itu dilihat sebagai faktor utama yang akan menggagalkan beliau dalam pertembungan dengan Doktor Rozaidah, iaitu seorang wanita yang telah berjaya dalam ertikata sebenar-benarnya.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...