Najib yakin BN akan tawan semula Kota Raja - pakdin.my

najib-kota-raja

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan yang Parlimen Kota Raja akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Beliau berkata, ini berdasarkan sambutan dan gelombang sokongan rakyat yang begitu baik di Kota Raja kepada BN.

“Calon Parlimen Kota Raja, Datuk S. Murugesan ada lima manifesto tambahan antaranya untuk selesaikan masalah banjir. Saya setuju bantu selesaikan banjir. Bukan (masalah) besar sangat.

“Masalah banjir di Kerian, Sibu dan Pekan juga telah selesai. Tapi orang Kota Raja kenalah tolong (menangkan BN),” kata Najib yang juga Pengerusi BN.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Showcase Parlimen Kota Raja yang dihadiri hampir 5,000 orang di Desa Latania, di sini malam tadi.

Najib juga berjanji akan membina rumah mampu milik di Kota Raja jika ada tanah yang sesuai selepas BN menang.

UTAMANajib yakin BN akan tawan semula Kota Raja

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium