Najib Dahului Anwar Miliki Paling Ramai Pengikut Twitter - pakdin.my

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengungguli carta pengikut atau follower paling ramai di kalangan Ahli Parlimen Malaysia di laman Twitter dengan mempunyai 113,905 followers diikuti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (58,078 followers) dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di tempat ketiga (37,340 followers).

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan memiliki lebih ramai peminat berbanding Anwar Ahli Parlimen Permatang Pauh) dan Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau.

Menurut laman blog http://nobisha.blogspot.com, tujuh twitter lain yang menduduki senarai 10 twitter Ahli Parlimen paling popular ialah Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dengan 28,845 followers, Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) dengan 23,418 followers, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dengan 19,684 followers, Azmin Ali (PKR-Gombak) dengan 18,248followers.

Selain itu ialah, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara, 16,515 followers), Tian Chua (PKR-Batu, 15,679 followers) dan Lim Guan Eng (DAP-Bagan, 15,016 followers) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sehingga 27 April lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai 10 Tangga Teratas Ahli Parlimen di laman sosial berkenaan dengan empat Ahli Parlimen (Anwar, Nurul Izzah, Azmin dan Tian Chua), manakala Umno diwakili Najib, Khairy dan Mukhriz sementara DAP (Tony Pua, Lim dan anaknya, Guan Eng).

Bloger berkenaan berkata, Ahli-Ahli Parlimen PAS, MCA, Gerakan dan MIC serta parti-parti politik lain tidak mampu mencapai kedudukan 10 tangga teratas.

Namun, menurut statistik itu, Presiden Parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai 18,779followers manakala Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memiliki 5,707 followers.

“Sekadar perbandingan, artis Lisa Surihani mempunyai 119,338 followers di Twitter!” kata blog itu lagi.

 

UTAMABERITANajib Dahului Anwar Miliki Paling Ramai Pengikut Twitter

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium